
CERTIFIED BY BENTLEY. BELI KERETA TERPAKAI BENTLEY PADA NILAI TERBAIK
Bentley Kuala Lumpur baru-baru ini melancarkan program global Bentley Motors yang dikenali sebagai Certified by Bentley.
Ia menawarkan kenderaan terpakai Bentley yang terjamin dari segi kualiti dan ketulenannya. Bentley merupakan kereta yang tahan lasak, malah 85 peratus keretanya masih berada di atas jalan raya sehingga sekarang.
Di Malaysia misalnya, model terpakai Bentley melibatkan hampir separuh daripada jumlah Bentley yang didaftarkan setiap tahun.
Semua kenderaan Certified by Bentley menjalani pemeriksaan teliti bagi memastikan standard dipatuhi dan memberi keyakinan kepada pembeli. Ia juga menawarkan akses kepada kakitangan pakar dan terlatih.

Kenderaan tersebut diservis sepenuhnya menggunakan hanya alat ganti tulen Bentley. Pembeli diberi jaminan komprehensif selama 12 bulan merangkumi aspek mekanikal, elekrilk dan isu-isu lain.
Jentera itu hadir bersama satu sijil ketulenan yang menjadi bukti di mana ia dibina dan sejarah penuh penyelenggaraannya. Dokumen berkenaan pasti memberi keyakinan terhadap kualiti yang ditawarkan oleh sebuah Bentley.
“Pengenalan Certified by Bentley membolehkan kami untuk menjangkau audiens yang lebih ramai di Malaysia.
“Program ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli sebuah kereta terpakai dengan kualiti dan pengalaman pemilikan yang sama seperti pembeli jentera baharu,” kata Pengarah Urusan Wernes Quest, Jerry Lee.

Pembeli akan diberi akses kepada gaya hidup unik seperti jemputan ke acara-acara eksklusif di seluruh dunia, lawatan ke kilang dan langganan majalah Bentley.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2165 1688 atau ikuti Bentley Kuala Lumpur di Instagram, Facebook dan Telegram di @bentleykualalumpur