Peranti

NOKIA LUMIA 925

Kelmarin, Nokia mengumumkan ketibaan model Nokia Lumia 925 ke pasaran Malaysia. Peranti ini dikatakan dilengkapi teknologi lensa termaju dan perisian pengimejan generasi akan datang untuk merakam gambar dan video yang lebih jelas. Di samping kemampuan merakam imej dalam keadaan cahaya yang terhad.

700-nokia_lumia_925_color_range

Nokia Lumia 925 akan mula berada di Lembah Kelang dan seluruh negara bermula pertengahan Ogos depan. Ia mengetengahkan mode Nokia Smart Camera yang baru sebagai salah satu kemas kini kepada semula telefon pintar Lumia Windows Phone 8. Nokia Smart Camera menawarkan cara mudah untuk merakam sepuluh imej pada satu masa bersama pilihan mode seperti Best Shot, Action Shot dan Motion Focus bagi mendapatkan gambar berkualiti tinggi.

700-1-images_taken_with_nokia_lumia-925_smart_camera-5

Bermula dengan model Lumia 920, Nokia sudah pun memperkenalkan inovasi seperti kamera Pureview (untuk kondisi cahaya rendah) bersama ciri Optical Image Stabilization dan paparan Puremotion HD+.

Nokia-Lumia-925-nokia-smart-camera-jpg

“Lumia 925 unggul sebagai telefon pintar paling inovatif dan maju. Bukan sekadar melibatkan perkakasan, reka bentuk dan penggunaan materialnya. Malah pengalaman yang dihidupkan menerusi penggunaan ciri Nokia Smart Camera dan HERE Maps dengan Livesight melalui kemas kini terbaru platform Windows Phone 8,” kata Ketua Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan.

ProEXR File Description =Attributes= cameraAperture (float): 36.000000 cameraFNumber (float): 8.000000 cameraFarClip (float): 4000.000000 cameraFarRange (float): 999999984306749440.000000 cameraFocalLength (float): 40.000000 cameraFov (float): 42.184757 cameraNearClip (float): 10.000000 cameraNearRange (float): 0.000000 cameraProjection (int): 0 cameraTargetDistance (float): 200.000000 cameraTransform (m44f) channels (chlist) compression (compression): Zip16 dataWindow (box2i): [0, 0, 6999, 6999] displayWindow (box2i): [0, 0, 6999, 6999] lineOrder (lineOrder): Increasing Y pixelAspectRatio (float): 1.000000 screenWindowCenter (v2f): [0.000000, 0.000000] screenWindowWidth (float): 1.000000 =Channels= A (half) B (half) BACK.B (half) BACK.G (half) BACK.R (half) DOME.B (half) DOME.G (half) DOME.R (half) FILL.B (half) FILL.G (half) FILL.R (half) G (half) R (half) RIM.B (half) RIM.G (half) RIM.R (half) VRayDirt1.B (half) VRayDirt1.G (half) VRayDirt1.R (half) diffuse.B (half) diffuse.G (half) diffuse.R (half) lighting.B (half) lighting.G (half) lighting.R (half) normals.X (half) normals.Y (half) normals.Z (half) rawLight.B (half) rawLight.G (half) rawLight.R (half) rawRefraction.B (half) rawRefraction.G (half) rawRefraction.R (half) reflect.B (half) reflect.G (half) reflect.R (half) refract.B (half) refract.G (half) refract.R (half) shadow.B (half) shadow.G (half) shadow.R (half) specular.B (half) specular.G (half) specular.R (half)

Badan polikarbonat telefon pintar ini ‘disimpan’ di dalam kerangka aluminium yang sedap dipegang. Hanya setebal 8.5mm dan seberat 139 gram, ia menggunakan paparan AMOLED bersaiz 4.5 inci yang sangat sensitif. Selain kaca Gorilla, paparan PureMotion HD+ bersama teknologi ClearBlack dan Sunlight Readability yang menawarkan imej serta teks yang jelas, walaupun dilihat di bawah pancaran cahaya matahari.

700-images_taken_with_nokia_lumia-925-5

Ciri PureView Camera membolehkan anda merakam gambar dan video HD sepenuhnya. Dikuasakan oleh Windows Phone 8 daripada Microsoft, anda juga akan memperoleh Microsoft Office dan storan cloud dengan SkyDrive. HERE Maps dan Livesight pula memberi peluang kepada anda untuk meneroka dunia sekeliling dengan mudah. Navigasi tidak pernah secantik ini. Bagi mereka yang tidak sukakan wayar berselirat, penutup pintar mampu menukar  Nokia Lumia 925 menjadi peranti yang boleh dicaj tanpa wayar.

Nokia-Wireless-Charging-Stand-2000x1000-jpg

“Kami berbesar hati kerana Nokia terus bekerjasama dengan Microsoft untuk meyempurnakan lagi peranti terbaharunya, Nokia Lumia 925. Setakat ini, masih belum ada syarikat teknologi yang mampu menawarkan rangkaian lengkap peranti untuk tujuan bekerja dan bermain, serta terhubung dengan semua informasi seseorang individu melalui satu cloud.

“Di Microsoft, inilah visi kami. Satu visi yang kami fikir diserlahkan oleh Nokia Lumia 925,” jelas Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia, Danny Ong.

[hr] Galeri

700-1-images_taken_with_nokia_lumia-925_smart_camera-3700-1-images_taken_with_nokia_lumia-925_smart_camera-4700-nokia_lumia_925_back700-nokia_lumia_925_front_back925 2Nokia-Lumia-925-Man-of-Steel
  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button