Buletin

BENTLEY BENTAYGA DEBUT DI ASIA PASIFIK. TAWAR PENGALAMAN MAYA KEPADA ANDA

Bagi meraikan ketibaan SUV mewahnya, Bentley Motors baru-baru ini memperkenalkan Bentayga secara maya buat pertama kalinya. 

Orang ramai berpelung untuk melihat Bentayga dengan lebih terperinci berdasarkan kepada kehendak mereka.

Pengalaman maya yang interaktif itu membuktikan komitmen Bentley Motors di Asia Pasifik untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggannya. 

Anda boleh menikmati sendiri pengalaman itu menerusi PAUTAN INI sehingga 4 Januari 2021. 

Pada awal tahun lalu Bentley mengumumkan perincian Bentayga, model pertama yang dilancarkan di bawah pelan perniagaan Beyond100 Bentley. Dengan lebih 20,000 unit Bentayga telah dihasil menggunakan tangan, jentera itu dijangka mengukir kejayaan hebay. 

Bentayga menggabungkan aspek prestasi, tahan lasak dan limosin mewah dalam satu pakej yang mengagumkan. Direka dan dibina di kilang Bentley di Crewe England, Bentayga dipacu oleh enjin V8 turbo berkembar bersesaran 4.0 liter. 

Dipadankan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan, enjin tersebut mampu menjana kuasa 542hp dan tork 770Nm.

Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.5 saat dengan kelauan maksimum dihadkan kepada 290km/j. 

Setangki penuh membolehkannya mencapai jarak sehingga 639km. Cukup menjimatkan untuk sebuah jentera sebesar ini yang menggunakan enjin V8 turbo. 

Ruang kabin semestinya menyerlahkan kemewahan sebuah Bentley. Lihat sahaja kepada material yang digunakan pada setiap inci ruang tersebut. Bentayga menampilkan reka bentuk papan pemuka baharu yang lengkap bersama skrin paparan 10.9 inci. 

Google ads
"
"
Back to top button