Buletin

BERAPA TAHAP PENGGUNAAN PETROL TOYOTA SUPRA? INI JAWAPANNYA…

Kalau anda mampu membeli sebuah kereta sports, penggunaan bahan api mungkin tidak harus menjadi isu besar. 

Membeli sebuah kereta sports dan mengharap ia jimat macam Axia, sama lah seperti anda mengharapkan makcik-makcik bawang tidak membawang. Mustahil kan?

Apa sahaja yang berkaitan dengan kereta sports terbaharu Toyota, Supra memang mendapat perhatian ramai. Terbaharu, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat telahpun menyenaraikan tahap penggunaan bahan api Supra. 

Lebih mengejutkan, angka itu tidak jauh berbeza dengan model kembarnya BMW Z4 yang menggunakan   enjin empat selinder. 

Berapakah penggunaan bahan apinya? Supra menggunakan petrol sebanyak 9.8 liter bagi setiap 100km untuk pemanduan di bandar dan 7.5l/100km di lebuh raya. Manakala gabungan lebuh raya dan bandar pula adalah sekitar 9.0l/100km. 

Kalau dinilai, ia masih lagi boleh dikira bagus kalau hendak dibandingkan dengan kuasa  dan keseronokan yang ditawarkannya. Supra dijana oleh enjin enam selinder sebaris berkuasa 335hp yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. 

Sedia maklum bahawa Toyota hanya menjual Supra dengan enjin empat selinder di pasaran Jepun. 

Google ads
Back to top button