Artikel PilihanBuletin

INI TAKTIK BIJAK STAF TOYOTA DAPATKAN KELULUSAN SUPRA BAHARU

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Kerjaya sebagai jurutera atau pereka tidak sebebas yang disangka. Mereka ini sebenarnya mempunyai impian yang liar untuk menghasilkan kereta idaman.

Lihat sahaja pada lakaran atau kereta konsep yang dikeluarkan. Banyak yang menarik dan meleleh air liur.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Di antara halangan yang dihadapi ialah undang-undang, pasaran atau  permintaan yang tidak sepadan kos.

Terdapat juga halangan seperti keupayaan vendor dalam membekalkan komponen atau produk seperti yang dimahukan.

Halangan ini sebenarnya menguji kepakaran jurutera atau pereka dalam mendapatkan kelulusan.

Ada pelbagai taktik atau kaedah menarik dan biasanya ia diperolehi daripada pengalaman sekian lama.

Toyota Supra yang baru dilancarkan ini menerima kritikan yang mengatakan ia tidak menjiwai Supra asal terutama sekali JZA80.

Tahukah anda, Supra sememangnya tidak ada dalam perancangan Toyota walaupun Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda menggemarinya.

Lagi pelik apabila Lexus mempunyai pelbagai model hebat tetapi tiada perancangan untuk men’Supra’kan mana-mana model yang ada kepada model legenda ini.

Trick bagaimana sekumpulan staf berjaya mendapatkan perkenan awal Akio Toyoda memang menarik dan dikongsikan sendiri oleh beliau semasa ucapan pelancaran Supra baharu.

Kisahnya begini.

Akio Toyoda sendiri mengakui bahawa Supra mempunyai kedudukan istimewa dalam hati beliau.

Pada masa dahulu, Akio menghabiskan banyak masa dengan Supra untuk beliau menjadi seorang pemandu yang mahir.

Akio berkongsi di sebalik sesi pemanduan dengan Supra di Nurburgring, tidak dapat tidak beliau diacah dan dipandang oleh pengeluar lain dengan kereta prototaip mereka yang cantik-cantik.

Perasaannya memang jauh memandangkan Supra adalah kereta dari era lama.

Supra memang sebuah kereta yang hebat tetapi itulah…

Akio mengakui Toyota memang tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan Supra baharu tetapi sama seperti peminat sejati model ini di serata dunia, secara rahsianya beliau mahukan kereta ini menjadi realiti.

Itulah yang dibuat oleh sekumpulan kecil pereka di studio Toyota di Calty, Amerika Syarikat.

Beberapa tahun lepas, mereka menunjukkan kepada Akio model konsep yang dipanggil FT-1.

Usaha memujuk Akio memang serius apabila mereka berjaya memasukkan model prototaip ke dalam permainan video Gran Turismo.

Akio menguji kereta tersebut dalam studio. 

Selebihnya adalah sejarah.

Akio memperakui taktik tersebut berjaya dan menyarankan kepada pereka kenderaan lain supaya menggunakannya untuk mendapatkan kelulusan bagi menjadikan kereta konsep sebagai realiti.

Pada beliau, itu adalah saat permainan tamat dan beliau sedar bahawa rakan lamanya bakal kembali.

Akio juga sedar harapan pada Supra baharu ini begitu tinggi dan ianya perlu jauh lebih baik daripada model asal.

Di situlah juga beliau mendapatkan pertolongan daripada pasukan lumba Gazoo dalam membangunkan dinamika pemanduan Supra baharu ini.

Dari segi kritikan, memang tidak dinafikan bahawa Supra ini mempunyai persamaan dengan BMW Z4 tetapi pada satu sisi lain jika hendak lihat sifat ‘kepala batu’ Jepun, ini lah modelnya.

Kita lihat bagaimana respon pasaran dan pengkritik selepas kereta ini sampai ke tangan mereka. 

Kredit foto: Toyota

BACA: INI SEBABNYA HONDA TAK BERMINAT BINA PESAING TOYOTA SUPRA

BACA: INI TOYOTA YARIS UNTUK WRC 2019, KIT BADAN SEPERTI PESAWAT TEMPUR!

Tags
Google ads
Back to top button