Artikel PilihanBuletin

KEGILAAN JDM. TOYOTA SUPRA INI DIJUAL PADA HARGA RM708,548!

Seluruh dunia sedang memburu kereta-kereta JDM (Japan Domestic Model), khususnya kereta-kereta ikonik era 90-an. Terbaru, pusat lelongan RM Sotheby di Amerika berjaya melelong sebuah Toyota Supra JZA80 dengan harga tak masuk akal, USD 173,600 atau RM708,548!

Model yang dimaksudkan ialah Supra keluaran tahun 1994 yang didatangkan dengan enjin 2JZ-GTE enam selinder turbo berkembar. Kereta ini hanya mencatatkan perbatuan 11,200 batu atau 18,024 km. Sangat rendah untuk sebuah kereta yang berusia hampir 30 tahun.

Kondisi kereta ini juga sangat bagus dengan spesifikasi manual yang susah sebenarnya nak ditemui dalam keadaan asal. Bumbungnya juga jenis targa dan bahagian dalamannya merupakan spesifikasi warna tan, yang biasanya untuk model-model luar Jepun.

RM Sotheby memberitahu bahawa kereta ini dijual baru di daerah Illinois dan bergerak pada perbatuan 9,656km. Kemudian, ia dieksport ke Switzerland setahun yang lalu sebelum kembali semula ke AS oleh pembeli baru.

Sebenarnya, pada 2015, kereta ini pernah diiklankan oleh St. Louis Car Museum and Sales untuk dijual pada harga USD99,000 dan ia dianggap “gila” oleh ramai orang.

Dan sekarang? harganya meningkat hampir sekali ganda!

GALERI

Google ads
Back to top button