Buletin

MCLAREN 650S

McLaren 650S bakal menyertai model seperti 12C dan McLaren P1 yang sudah habis dijual. Jentera itu hadir dalam bentuk Coupe atau Spider bersama bumbung keras yang boleh dilipat. 

03_mclaren_650s_coupe

Supercar tersebut mendapat kuasa daripada enjin V8 turbo berkembar M838T berkuasa 650PS yang dibina sendiri oleh McLaren. Huruf ‘S’ itu bermaksud Sport, di mana fokus dan pembangunannya dibuat untuk aspek pengendalian, transmisi serta  pemanduan terbaik.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada model McLaren P1 dan menyerlahkan hala tuju rekaan McLaren yang baru. Prestasi aerodinamik McLaren 650S menyamai model 12C. Pada kelajuan melebihi 200km/j, tahap downforce akan ditingkatkan sebanyak 24 peratus.

04_mclaren_650s_coupe

“Seperti biasa, rekaan baharu ini dibuat atas alasan kejuruteraan. Rekaan bampar mampu memantapkan prestasi ketika membelok. Malah keseimbangan pengendalian pada kelajuan tinggi kini juga semakin bagus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Automotive, Mike Flewitt.

Penampilan McLaren 650S disempurnakan lagi dengan rima loi tempaan lima jejari yang ringan dan dibalut oleh tayar  Pirelli P Zero™ Corsa. Tayar khas yang dibangunkan bersama rakan teknologi McLaren, Pirelli itu menawarkan prestasi terbaik di atas jalan biasa dan trek perlumbaan.

02_mclaren_650s_coupe

Sistem suspensi ProActive Chassis Control (PCC) yang dibangunkan oleh McLaren telah ditambah baik untuk McLaren 650S. Sistem itu menawarkan mode pengendalian Normal, Sport dan Track.

Ruang kabin McLaren 650S pula dibina agar menyamai model saloon eksekutif. Ia dilengkapi sistem navigasi satelit IRIS, Bluetooth telefon, radio digital DAB (radio satelit SIRIUS di Amerika Utara), penstriman audio dan kawalan suara sebagai ciri standard. Antara aksesori pilihan yang boleh dibeli ialah tempat duduk perlumbaan, kamera parkir dan gentian karbon untuk bahagian luarannya.

06_mclaren_650s_coupe_5

McLaren 650S Coupe dan Spider akan mula dijual di pasaran Eropah mulai musim bunga depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button