AUTO BAVARIA XTRAVAGANZA 2O23 – BANYAK TAWARAN MENARIK, PERCUMA TV 65″, 7-9 APRIL DI STADIUM BUKIT JALIL
Auto Bavaria Xtravaganza kini kembali bagi edisi 2023 yang diadakan di tempat letak kereta (B) Stadium Nasional Bukit Jalil pada hujung minggu ini (7 hingga 9 April 2023).
Bagi penggemar kereta, ini adalah peluang anda menikmati pengalaman terbaik kerana Auto Bavaria menawarkan pelbagai rangkaian model BMW. Lebih menarik lagi, pelanggan yang membeli model terpilih akan menerima hadiah eksklusif berupa televisyen 65”!
Auto Bavaria turut menyediakan pelbagai aktiviti lain. Antaranya Pengalaman Memandu BMW, demonstrasi X-Ramp & Park Assist dan Bengkel Kenderaan Elektrik untuk anda mengetahui lebih mendalam mengenai EV.
Tidak cukup dengan itu, sekiranya anda mencari BMW terpakai inilah masa yang terbaik. Sebabnya, Auto Bavaria menyediakan banyak tawaran kenderaan BMW Premium Selection pada harga sangat menarik dan tentunya berada dalam kondisi terbaik.
Selain kenderaan, terdapat juga jualan barangan eksklusif BMW serta produk gaya hidup yang boleh anda beli di Auto Bavaria Xtravanganza.
Sekali lagi diingatkan, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi AutoBavaria Xtravaganza 2023 di Carpark B Stadium Nasional Bukit Jalil dari 7 – 9 April, 9 pagi hingga 7 malam. Jumpa anda di sana!
- BACA: BMW MALAYSIA DEDAH 5 MODEL BAHARU M. M3 COMPETITION, M4 COUPE COMPETITION, M5, M5 COMPETITION DAN I4 M50
- BACA: BMW MALAYSIA BUKA PRA-TEMPAHAN GRAN COUPE ELEKTRIK i4 eDRIVE 40 M SPORT. HARGA BERMULA RM389,800
- BACA: BMW MALAYSIA & MILLENNIUM WELT LANCAR 2 FASILITI PENGECASAN DI GAMUDA GARDENS RAWANG
- BACA: BMW MALAYSIA PERKENAL SAV PREMIUM X4 CKD. HARGA BERMULA RM398,800