
BMW MALAYSIA UMUM HARGA BMW i7 xDRIVE 60 – HARGA BERMULA RM729K
BMW Malaysia akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi jentera elektrik BMW i7 terbaharu iaitu BMW i7 xDrive 60, sedan elektrik sepenuhnya untuk pasaran Malaysia.
BMW i7 baharu hadir dalam varian M Sport dan merupakan antara model terkini yang diperkenalkan oleh pengeluar kenderaan premium ini bagi portfolio BMW 7 Series.

Menghasilkan 536hp, ia menawarkan jarak gerak 600 kilometer (WLTP) selain didatangkan dengan bahasa reka bentuk terkini, digelar sebagai ‘Forwardism’.
BMW i7 xDrive 60 baharu dijual pada harga RM729,800 termasuk cukai jalan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) serta waranti lanjutan lima tahun bersama pakej servis.
Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i7 xDrive 60 elektrik boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan, bermula daripada RM 8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh tujuh tahun).
- BACA: BMW MALAYSIA DEDAH MODEL BMW 750E XDRIVE, PHEV CKD, JARAK GERAK 87KM, 483HP, HARGA BERMULA RM649K
- BACA: BMW MALAYSIA DEDAH 5 MODEL BAHARU M. M3 COMPETITION, M4 COUPE COMPETITION, M5, M5 COMPETITION DAN I4 M50
- BACA: BMW MALAYSIA & MILLENNIUM WELT LANCAR 2 FASILITI PENGECASAN DI GAMUDA GARDENS RAWANG
- BACA: BMW MALAYSIA BAKAL LANCAR SUV ELEKTRIK iX. 2 VARIAN, KUASA CECAH 516HP









