Buletin

BMW XM KINI TIBA DI PASARAN MALAYSIA, KUASA MAKSIMUM 644HP, HARGA RM1.3 JUTA!

BMW Malaysia malam semalam melancarkan BMW XM, jentera SAV BMW M GmbH untuk pasaran Malaysia.

BMW XM dijangka tiba di Malaysia pada Jun 2023 dalam dua model berbeza iaitu Shadow Line dan Night Gold Line.

Dari segi dimensi, panjang BMW XM berukuran 5,100mm, 2,005mm lebar, tinggi 1,755mm dengan jarak roda 3,105mm.

Bercakap tentang penampilan, ia datang dengan bahasa reka bentuk keluarga terkini BMW. Antara perincian yang dapat dilihat dari luar ialah pelindung tangki air yang besar, lampu utama LED aktif bercitarasa moden, sementara bahagian sisi digayakan bersama rim bersaiz 23 inci.

Kedua-dua varian menggunakan rim aloi ringan Star Spoke Style 923 M Bicolour yang sama. Warna hitam menjadi pilihan untuk profil Shadow Line yang dibalut tayar bersaia 275/35R23 hadapan dan 315/30R23 belakang.

D bahagian belakang pula, ia mempunyai reka bentuk berlapis selain sayap kecil di atas dan spoiler, selain empat paip ekzos di kedua-dua sisi.  Secara keseluruhan, ia tampil sangat sporty.

Masuk ke bahagian kabin, ia dilengkapi kemasan kulit yang memberi nuansa elegan. Terdapat juga paparan instrumen LCD bersaiz 12.3 inci, skrin sentuh di bahagian tengah 14.9 inci serta BMW Operating System 8.

Pendingin hawa automatik empat zon, sistem pencahayaan ambien dan fungsi urutan pada tempat duduk hadapan didatangkan sebagai ciri standard.

Perincian lain termasuklah sistem bunyi sekeliling Bowers & Wilkins Diamond, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan tanpa wayar serta ConnectedDrive.

Di ruang but, SAV itu sangat sesuai dijadikan sebagai kereta keluarga kerana XM menawarkan ruang seluas 527 liter. Ia boleh ditingkatkan menjadi 1,820 liter apabila tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya.

BMW XM dijana oleh rangkaian kuasa hibrid yang terdiri daripada enjin S68 4.4 liter twin-turbo V8 bersama motor elektrik yang mampu menghasilkan 483Hp dan tork 650Nm.

Motor elektrik pula menawarkan hamburan kuasa 194hp dan tork 280Nm. Apabila digabungkan, rangkaian kuasa berkenaan berupaya menyediakan output mencecah 644hp dan tork 800Nm. Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui kotak gear automatik M Steptronic lapan kelajuan dengan Drivelogic serta pacuan semua roda M xDrive.

Motor elektrik itu dijana oleh bateri litium-ion 317 V berkapasiti 25.7kWj yang boleh dicas melalui AC (sambungan Type 2) pada kuasa maksimum 7.4kW. Tempoh pengecasan penuh 0-100% hanya mengambil masa 4 jam 15 minit.

Dari segi keselamatan dan pemanduan, BMW XM dilengkapi pembantu kawalan stereng dan lorong, bantuan had laju automatik, bantuan tukar lorong, kawalan persiaran aktif dengan fungsi Stop&Go, amaran berlepas lorong, amaran trafik lintasan depan/belakang dan banyak lagi.

BMW XM tersedia dalam tujuh pilihan warna iaitu hijau, hitam, biru, merah, putih hitam Sapphire dan kelabu.

Untuk ruang dalaman, anda mempunyai pilihan empat skim upholsteri iaitu Leather Merino Deep Lagoon dengan kulit vintaj. Sementara pilihan Leather Merino Silverstone menggunakan kulit vintaj, Leather Merino Black serta Leather Merino Sakhir Orange.

BMW XM boleh anda miliki pada harga RM1,398,800 dengan jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

GALERI:

Google ads
Back to top button