Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2023: BMW iX1 xDRIVE30 M SPORT. 313HP, 440KM SEKALI CAJ, BERMULA RM285K

BMW Malaysia hari ini melancarkan model SAV elektrik baharunya iaitu BMW iX1 xDrive30 M Sport pada acara Malaysia Autoshow 2023.

BMW iX1 hadir dengan gaya lebih sporty dengan gril kidney, set lampu hadapan LED adaptif nipis, selain lampu utama yang menarik dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Di bahagian belakang pula terdapat lampu 3D berbentuk L dengan teknologi LED penuh, manakala cahaya aluan, apron hadapan, trim salur masuk udara serta pintu but automatik didatangkan sebagai standard.

Ia mempunyai ruang kargo sebesar 490 liter serta tambahan 1,495 liter lagi apabila tempat duduk belakang dilipat. Ciri lain didatangkan secara standard termasuklah sistem Comfort Access dan BMW Digital Key Plus.

Model SAV itu diserlahkan lagi dengan rim aloi ringan M bersaiz 19-inci, sementara M high-gloss Shadowline di bahagian sisi memberi citarasa eksklusif .

Menjengah ke dalam kabin, ia dilengkapi BMW Curved Display serba moden, instrumen digital 10.25-inci dan skrin kawalan 10.7-inci yang menggunakan BMW Operating System 8 serta BMW Live Cockpit Professional.

Dari sudut kemudahan keterhubungan, BMW iX1 secara standard hadir dengan Connected Package Professional, Connected Drive Services, Teleservices, Apple CarPlay, Android Auto, port pengecas tanpa wayar, Intelligent Emergency Call, indicator tekanan tayar, BMW Connective Drive Upgrades dan BMW Maps.

Pemandu mempunyai kuasa ke atas segala fungsi kenderaan melalui Control Display dan butang-butang di stereng dibalu kulit, yang menampilkan pedal penukar gear Sport Boost atau Intelligent Personal Asisstant.

Turut tersedia lampu bagi pencahayaan di ruang kaki hadapan dan belakang, My Modes – merangkumi enam mod pemanduan serta perehat tangan.

SAV elektrik ini juga dilengkapi BMW IconicSounds Electric, BMW Head-Up Display, sistem pembesar suara Hi-Fi Harman Kardon, BMW Live Cockpit Professional dengan Augmented View.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh motor elektrik tunggal (EESM) yang mampu menghasilkan 313hp, tork maksimum 494Nm dan menawarkan jarak gerak 440km (WLTP) dengan sekali caj. Pecutan 0-100km/j boleh dicapai dalam dalam masa hanya 5.6 saat. Kelajuan tertinggi pula dihadkan pada 180km/j.

Daya pengecasan berkuasa tinggi 130kW membolehkan pengecasan dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam tempoh 29 minit.

Fungsi pengecasan serba mudah disediakan oleh My BMW App dan Connected Charging, aplikasi ini membolehkan pengguna memeriksa status pengecasan dari jauh serta menyemak semua interaksi pengecasan.

SAV elektrik baharu ini dilengkapi dengan Adaptive M Suspension sebagai ciri standard untuk memberi pengalaman pemanduan lebih baik dan selesa.

BMW iX1 tiba bersama sistem bantuan pemandu seperti  Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Plus. Fungsi-fungsi standard lain meliputi Hill Start Assist, Speed Limiter, Attentiveness Assistant, Lane Departure Warning with active steering intervention. Front Collision Warning and Left Turn Warning – both with braking function, along with Speed Limit Info and Evasion Assistant.

Terdapat enam pilihan warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Cape York Green, M Portimao Blue, Storm Bay, dan Space Silver. Upholsteri interior disediakan dalam Alcantara Black dengan sulaman berkontras biru, Leather Vernasca Black atau Leather Vernasca Mocha.

Para pemilik SAV dapat menikmati Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW berserta Program Servis Berjadual Percuma, Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu), Bantuan Tepi Jalan, Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card dan Servis Dalam Talian BMW Malaysia.

BMW iX1 boleh dimiliki pada harga RM285,000 (tidak termasuk insuran, pakej servis dan jaminan).

GALERI:

Google ads
Back to top button