Buletin
PEMILIK BMW CABUT LARI SELEPAS ISI MINYAK
Pemilik stesen pam minyak terpaksa menanggung kerugian sebanyak 602,000 rupiah (RM175) selepas pemilik kereta BMW melarikan diri selepas mengisi minyak.
Suspek yang menaiki kereta berwarna putih itu mengisi minyak penuh 61 liter di stesen pam minyak Jalan Bintaro Permai, Pesanggrahan, Jakarta Selatan.
Susulan itu, petugas pam minyak ketika itu perlu menanggung kerugian akibat tindakan tidak bertanggungjawab pemandu tersebut.
Petugas pam minyak, Dhiaz Adiansyah berharap, pelaku dapat dikesan segera dan pekerja lebih berhati-hati selepas ini.
Katanya, sekiranya terdapat kereta yang mengisi minyak pada waktu tengah malam, pekerja perlu meletakkan kon di hadapan kereta tersebut. – UTUSAN