Motosikal

BMW M 1000 RR MASUK PASARAN MALAYSIA. RM249,500 SEUNIT

BMW Motorrad Malaysia mendedahkan jentera yang dinanti-nanti penggemar motosikal BMW M 1000 RR.

Jentera terbaharu itu dijual pada harga RM249, 500 (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun yang baharu dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia).

Ia ditawarkan dengan kombinasi warna pilihan iaitu putih (Light White), biru (Racing Blue Metallic) dan merah (Racing Red).

Rekaan casis motosikal terbaharu itu menampilkan bahasa reka bentuk M yang diperkemas untuk kegunaan litar lumba serta landskap geometri diubah suai.

BMW M 1000 RR mendapat khidmat enjin empat silinder sebaris yang mampu menjana kuasa 212 hp @ 14,500 rpm dan tork 113 Nm @ 11,000 rpm.

Jentera terbaharu itu dilengkapi mod tunggangan Rain, Road, Dynamic, Race, serta Race Pro1-3.

Selain itu ciri-ciri lain termasuk  Pit-Lane Limiter, Launch Control, Hill Start Control, Dynamic Traction Control dan fungsi wheelie menggunakan data daripada kotak sensor enam gandar.

Ia turut hadir kluster instrumen skrin TFT bersaiz 6.5 inci, antaramuka OBD yang boleh digunakan sebagai mencatat data M GPS dan M GPS laptrigger.

Kelengkapan standard lain meliputi brek M, rim karbon M, bateri M yang serba ringan, soket pengecasan USB serta sistem penggera antikecurian.

BMW M 1000 RR baharu boleh didapati di pusat pengedaran terpilih BMW Motorrad bertauliah di seluruh negara.

GALERI:

Google ads
Back to top button