Artikel Pilihan

BMW E90 320D. JENTERA “BULLETPROOF” DARIPADA BMW.

BMW memang sinonim dengan masalah ketahanan tidak kira pada enjinnya atau komponen-komponen yang lain. Disamping itu, harga alat gantinya juga boleh tahan mahalnya.

Hal ini menyebabkan jentera-jentera keluaran BMW melalui kejatuhan harga yang teruk selepas beberapa tahun dipakai. Namun sebenarnya ada juga model yang mengharumkan nama BMW di dalam isu ketahanan.

Jentera yang dimaksudkan adalah BMW E90 320d. Jentera ini mula dibawa masuk ke pasaran Malaysia bermula tahun 2008. Ketika itu kesedaran orang awam terhadap jentera penumpang berenjin diesel masih kurang. Ramai berpendapat enjin diesel sesuai untuk trak pikap dan jentera berat sahaja.

Siapa sangka percaturan BMW ini membawa tuah apabila diterima baik oleh orang ramai. Jentera ini juga masih mempunyai “Resale Value” yang tinggi jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya di zaman itu.

Sekarang kita pergi ke bahagian teknikal.

Kita selusuri dahulu bahagian luaran jentera ini dimana ia mempunyai dimensi seperti berikut :-

  • Panjang – 4,520mm
  • Lebar – 1,817mm
  • Tinggi – 1,421mm
  • Berat – 1,435kg

Dimensi jentera ini menunjukkan bahawa jentera ini adalah lebih pendek, lebih rendah dan lebih ringan dari pesaingnya iaitu Mercedes Benz W203 C220 CDI dan Mercedes Benz W204 C220 CDI.

Kemasan dalaman pula, model “Pre-Facelift” menerima set kerusi M-Sport dengan kemasan kulit dan trim alumunium. Unit iDrive hanya ada pada model “Facelift” LCI. Ciri tambahan adalah ruang kargo belakang sebesar 460 Liter yang mampu memuatkan banyak barang. Dah namanya pun kereta penumpang kan, ruang kargo yang besar adalah wajib.

Sistem gantungan jentera ini menerima sistem “McPherson Strut” pada bahagian hadapan dan “5-Link Multilink Suspension” pada bahagian belakang. Sistem gantungan ini juga menerima talaan M-Sports dimana ia memberikan pengalaman pengendalian yang sangat baik tanpa mengenepikan aspek keselesaan.

Seterusnya kita pergi kepada bahagian jantung jentera ini iaitu enjin. Jentera ini menerima enjin berkod N47D20 empat silinder sebaris. Enjin ini lah yang dikenali ramai sebagai “Bulletproof” dan tidak menyusahkan pemiliknya.

Enjin ini mempunyai sesaran sebesar 1,995cc(2.0L). Binaan enjin ini adalah “Closed Deck Design” dan menerima “Crankcase” yang diperbuat daripada alumunium bersama “Gray Cast Iron Liners”. Nilai Bore x Stroke adalah 84mm x 90mm. Nilai nisbah mampatan adalah pada kadar 16.5:1. Tinggi bukan ? Mestilah. Sebab enjin ini merupakan enjin diesel.

Blok enjin ini dikahwinkan dengan kepala silinder “Dual Overhead Camshaft”(DOHC) yang diperbuat daripada alumunium. Kepala silinder ini menempatkan komponen seperti :-

  • “Glow Plug”
  • 4 Injap setiap silinder
  • “Inlet Camshaft”
  • “Exhaust Camshaft”
  • “Valve Guide”
  • “Valve Spring”
  • “Roller Cam Follower”
  • “Hydraulic Valve-Clearence Adjuster”

Sistem bahanapi pula menggunakan sistem “Commonrail 3rd Generation” bersama “Piezo Injector” yang mampu memberikan tekanan maksimum sehingga 1,800 bar.

Sistem turbo jentera ini menerima satu unit turbo bersama sistem “Variable Nozzle Turbine” atau lebih dikenali sebagai VNT. “Boost” maksimum di set pada 2.5 bar.

Hasilnya ?

177hp pada 4,000rpm dan daya kilas sekuat 350Nm pada 1,750-2,750rpm. Cukup kuat untuk menggerakkan jentera seberat sekitar 1.4 tan ini.

Kuasa yang dihamburkan kemudian dihantar ke kotak gear 6-kelajuan automatik dari ZF berkod 6HP21. Kotak gear ini mampu menahan daya kilas sehingga 450Nm.

Hasil daripada gabungan ini, jentera ini mampu memecut dari 0-100km/h pada kadar 8 saat sahaja san kelajuan tertinggi direkodkan adalah pada sekitar 230km/h. Laju lah ni, nak macam mana lagi kan ?

Namun apa yang menarik tentang jentera ini bukanlah kekuatan serta kelajuannya. Tetapi penggunaan bahanapi. Kadar penggunaan bahanapi jentera ini sangat menjimatkan iaitu sekitar 6L/100km dan akan lebih menjimatkan pada pemanduan di lebuhraya. Kapasiti tangki bahanapi adalah 61 Liter. Oleh itu, jentera ini mampu bergerak sekitar 1,000km untuk satu tangki penuh. Jauh bukan.

Laju !
Kuat !
Jimat bahanapi !
Cantik ! (Subjektif)
Tahan !

Apa lagi nak Tuan-Tuan ? Cukup ramuannya. Bekalan bahanapi Diesel Euro 5 juga sudah semakin banyak di negara kita. Hampir kebanyakan tempat sudah boleh mendapatkan akses.

Dari segi ketahanan, usia jentera ini sekarang sudah melangkau 10 tahun atau lebih. Oleh itu, terdapat beberapa komponen “Wear & Tear” yang sudah sampai masanya untuk ditukar. Masalah besar ada cuma jes terpencil. Kebiasannya berpunca daripada sikap pemilik yang tidak mengambil berat tenrang penyelenggaraan jentera mereka.

Sekiranya anda berhajat untuk memiliki jentera ini, asalah dinasihatkan untuk membuat “Pre Purchase Inspection” di bengkel berdekatan.

Google ads
Back to top button