Artikel Pilihan

BMW M3 GTR NFSMW SEBENAR KINI MUNCUL – MENGGAMIT KENANGAN BETUL

BMW dan Electronic Arts telah berganding bahu dalam menghasilkan sebuah kereta ikon permainan video. Ia adalah M3 GTR yang merupakan watak utama dalam permainan video Need for Speed: Most Wanted keluaran tahun 2005.

Kereta merupakan sebahagian daripada pakej update NFS: Unbound (2022). Pakej yang dinamakan Vol 9: Prepare for the Lockdown sudah boleh mula dimuat turun sekarang. Err…kalau korang ada PS5 la. Kalau masih pakai PS2 tu duduk je tenang-tenangkan diri.

Pengeluar dari Munich itu telah mereka pelekat khas untuk M3 E46 yang menyerupai BMW berwarna perak dan baru dari permainan yang diperkenalkan 20 tahun dahulu. Ia akan dipamerkan di ruang pameranBMW Welt Exhibition Center, Munich dari 27 November hingga 6 Januari 2025.

Menurut John Stanley selaku Pengarah Kanan Kreatif Need For Speed, M3 GTR ini merupakan kereta paling popular dalam sejarah NFS dan untuk ulang tahun ke 30 permainan ini mereka telah melakukan sesuatu yang istimewa dengan bantuan BMW.

Untuk pakej update kali ini, NFS menawarkan dua unit BMW sebagai tambahan. Selain M3 GTR ini, satu unit lagi ialah BMW S 1000 RR. Ya, kali ini ada tambahan sebuah superbike. Asyik dong ah.

Google ads
Back to top button