BMW E46 M3 GTR – TERPALING LIMITED TERPALING RARE
BMW E46 M3 GTR diperkenalkan kepada dunia pada bulan Februari 2001. Ia merupakan M3 pertama dalam sejarah yang menggunakan enjin V8. Ia berbeza dari E46 M3 standard yang menggunakan enjin sebaris enam. Satu-satunya sebab ia dihasilkan ialah sebagai mematuhi peraturan Le Mans yang menyatakan sesebuah model mesti dihasilkan dan dijual untuk satu jangka masa sebelum boleh menyertai perlumbaan. Disebabkan model perlumbaan Le Mans menggunakan enjin V8, model produksi juga mesti menggunakan enjin yang sama.
Sebagai memenuhi syarat tersebut, BMW telah menghasilkan 10 unit M3 GTR untuk jualan selepas musim 2001. Setiap satu dipasarkan dengan harga €250,000 (RM1,270,585 nilai semasa)! Model produksi bagaimanapun dikurangkan sedikit kuasa kepada 380 hp pada 7,000 rpm. Ia dilengkapi dengan sistem pelincir dry sump, kotak gear manual enam kelajuan dan klac berganda perlumbaan.
M3 GTR juga menggunakan chasis yang lebih teguh dan suspensi perlumbaan yang sama seperti model Le Mans. Kelegaan buminya juga adalah jauh lebih rendah berbanding dengan M3 standard.
Rekaan bampar hadapan dan belakang juga cukup isitimewa dan berbeza dan ia juga berfungsi mengurangkan daya angkatan. Ia kemudian disokong oleh sayap belakang yang berfungsi sepenuhnya. Mana sama dengan sayap yang korang beli kat kedai Ah Beng tu.
Sebagai model homologasi Le Mans, M3 GTR ini memang mempunyai berat yang jauh lebih ringan berbanding versi standard. Bahagian bumbung, spoiler belakang, lubang udara bonet hadapan dan bumpar belakang kesemuanya dihasilkan daripada plastic yang diperkuatkan serat karbon (CFRP). Sama seperti versi perlumbaan.
Bahagian dalaman turut direka kembali lebih kepada pengurangan berat. Tempat duduk Recaro perlumbaan kemasan kulit ditambah dan tempat duduk belakang dibuang. Pemain audio android? Ceh tu untuk budak-budak tiktok. Bunyi enjin dan ekzos kereta ni jauh lagi lunak dari lagu-lagu raya BBNU.
Kalau AE86 pula menempa popularity melalui anime Initial D, M3 GTR pula lebih terkenal kepada generasi PS2 khususnya melalui permaian Need For Speed Most Wanted (NFSMW). Pergh ingat senang ke nak menang balik kereta ni selepas dirampas penyangak durjana.