Artikel Pilihan

BOSAN HARGA RUMAH MAHAL, PASANGAN INI BUAT RUMAH DARI BAS

Di kebanyakan negara membangun, harga untuk sebuah rumah yang selesa di kejiranan yang kondusif adalah sangat mahal. Melainkan anda membeli rumah di kawasan luar bandar, pinjaman perumahan selama 30 tahun adalah satu komitmen kewangan yang sangat membebankan.

Jika anda tidak mahu membeli rumah, cara kedua ialah menyewa rumah namun ia juga melibatkan kos yang besar. Namun jika anda tidak mahu membayar pinjaman perumahan dan tidak mahu terikat dengan kos penyewaan rumah, idea yang lain ialah membuat rumah anda sendiri seperti pasangan dari London ini

Charlie MacVicar dan pasangannya Luke Walker dari Essex memilih tidak mahu membeli rumah, ataupun menyewa tapi memilih untuk membina sebuah rumah daripada sebuah bas bagi memenuhi gaya hidup mereka yang suka mengembara

Idea untuk membina rumah ini datang selepas mereka menonton rancangan TV berkenaan renovasi rumah dengan menggunakan ruang yang sangat terhad. Antara pilihan awal mereka ialah kontena, caravan namun akhirnya mereka memilih bas 2 tingkat untuk dijadikan rumah. Ini ialah fakta berkenaan rumah bas mereka

1. Charlie dan Luke memilih untuk menggunakan bas kerana ia menawarkan ruang paling besar. Bas berkenaan dibeli daripada sebuah syarikat pengangkutan Go-Ahead London yang menggunakan cesi Volvo dan badanya dibuat oleh syarikat Plaxton. Harga bas ini cuma 2500 pound sahaja pada tahun 2017.

2. Bas ini memiliki ketinggian 14.6 kaki, panjang 32.8 kaki dan lebar 8.3 kaki dan ketika dibeli keadaan bas ini sangat bagus dan masih lagi boleh dipandu. Kos renovasi bas kepada rumah menelan belanja sebanyak 15,000 pound dilakukan sendiri oleh pasangan ini dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan

3. Bagi kerja-kerja teknikal yang melibatkan paip, pendawaian, pemasangan karpet untuk ruang dalaman serta pemasangan perabot terbina dalam, ia akan dilakukan oleh pekerja professional yang diupah. Namun kerja-kerja awal seperti membuka semua kerusi dan pelapik lantai dilakukan sendiri oleh pasangan ini

4. Selepas mengosongkan ruang dalaman bas, tugas pertama ialah membina floor plan bagi memuatkan semua perkakasan rumah dalam bas, membina bilik tidur, dapur, bilik air, dan ruang tamu. Ruang memasak berada di tingkat pertama termasuk ruang makan, bilik air dan ruang tamu. Tingkat kedua dijadikan bilik tidur sepenuhnya

5. Bahagian dapur memuatkan dapur gas, oven, sinki, microwave serta mesin basuh yang disusun dengan kemas dengan kabinet dapur serta meja makan yang memuatkan 3 orang untuk satu masa. Ruang tamu menempatkan 2 sofa, 1 pemanas untuk kegunaan musim sejuk walau[un nampak sempit sedikit.

6. Tingkat atas memuatkan satu katil bersaiz Quen, bedside table, TV, tab mandi, laci dan juga walk-in closet. Cuma semasa proses renovasi dilakukan, pasangan ini tidak memasang sebarang bahan penebat pada panel bas. Ini menjadikan bas ini agak panas pada musim panas dan sejuk pada musim salji.

7. Buat masa sekarang, bas ini diparkir di tepi kolam laman rumah milik ibu bapa mereka dan membayar kos sewaan bagi mendapatkan sambungan kuasa elektrik dan juga bekalan air paip. Malah mereka berdua memelihara 2 ekor kambing berdekatan dengan bas sebagai haiwan peliharaan

Agak-agak kalau buat di sini, berapa kos untuk beli bas dan renovasi?

Google ads
Back to top button