Buletin

PROTON TAYANG VIDEO ACAH PROTON PERSONA & PROTON IRIZ FACELIFT.

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh peminat automotif Malaysia, Proton telah mula menayangkan video teaser Proton Persona 2021 dan Proton Iriz 2021. Kami telahpun mengulas dengan mendalam berkenaan spesifikasi Proton Persona 2021 berdasarkan maklumat awal yang kami terima di SINI

Dalam video acah Proton Persona Facelift 2021, antara perubahan yang berjaya diintai dari video ialah:

1. Kusyen balutan kulit Nappa Leather yang lebih premium

2. Cagak ISOFIX bagi pemasangan kerusi bayi

3. Skrin sesentuh dari jenis floating screen dan ciri Hi Proton

4. Butang kawalan penyaman udara yang lebih premium persis dari model X50

5. 6 beg keselamatan udara

Bagi video acah Proton Iriz, antara ciri-ciri perubahan yang ada ialah:

1. roof rail bagi varian Iriz ala-ala SUV

2. bumbung berwarna hitam

3. kemasan kulit Nappa Leather pada bahagian pintu

4. Center console yang menempatkan tombol gear dengan kemasan warna merah

5. sistem infohibur dengan floating screen dan ciri Hi Proton

6. Lampu depan LED

7. Kemasan plastic clading pada bahagian sisi

Kedua dua model baru Proton Persona dan Proton Iriz ini akan dilancarkan pada 5 Ogos jam 11 pagi

Google ads
Back to top button