Buletin

BRIDGESTONE BANGUNKAN TAYAR POTENZA KHAS BUAT MASERATI MC20

Bridgestone dipilih sebagai pembekal tayar eksklusif untuk jentera supercar terbaharu Maserati MC20.

Penglibatan Bridgestone dalam kerjasama ini akan memperkasa kemampuan model terbaharu Maserati MC20 dengan pembangunan kustom tayar Potenza premium.

Tayar dibangunkan khas tersebut dapat meningkatkan pengendalian kenderaan, memastikan dinamik kawalan dan pemanduan untuk memaksimumkan prestasi keseluruhan jentera sport terbaharu ini.

MC20 menampilkan inovasi teknikal dan kejuruteraan terkini daripada Maserati sekali gus menandakan perubahan prestasi berbanding model terdahulu.

Bridgestone tidak terkecuali dalam memainkan peranan meningkatkan kapasiti jentera terbaharu ini dengan membangunkan tayar Potenza yang menampilkan rekaan asymmetric dalam meningkatkan tindak balas kawalan stereng serta kestabilan ketika membelok jentera.

Selain itu, tayar rekaan khusus ini turut menawarkan peningkatan cengkaman dan struktur crown dalaman  

Ia  menampilkan pembangunan kompaun terbaharu yang dapat meningkatkan agihan tekanan dengan rata.

Apabila elemen ini digabungkan, ia sekali gus mampu meningkatkan prestasi keseluruhan supercar terbaharu ini dengan kawalan, kelajuan dan kestabilan optimum.

“Tayar Potenza yang direka khas ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan tinggi daripada Maserati. Ia dibangunkan, diuji dan dihasilkan sepenuhnya di Eropah.

“Sekali lagi, kami bekerjasama dengan Maserati dalam pembangunan tayar Potenza berprestasi tinggi bagi membolehkan Maserati MC20 menunjukkan keupayaan sebenar, kawalan dan kuasa,” kata Naib Presiden Penggantian Pengguna dan OE di Bridgestone EMIA, Steven De Bock.

Dalam pada itu, Eksekutif Rangkaian Kenderaan Maserati (Kereta Sport), Federico Landini memberitahu, projek MC20 merupakan kerjasama terbaharu antara Maserati dan Bridgestone.

“Kedua syarikat berkongsi minat sama dalam inovasi dan kecemerlangan malah ingin menawarkan produk premium terbaik kepada para pelanggan,” katanya.

Google ads
Back to top button