BOSCH Mrec – Desktop
Artikel Pilihan

BUGATTI CHIRON DI SINGAPURA TAK BOLEH DIPANDU PUN!

SHARE

Jika anda masih ingat pada minggu lepas, kami telah memaparkan artikel berkenaan sebuah Bugatti Chiron yang telah mendarat di Singapura di mana Wearnes Automotive dilapor telah menyerahkan hypercar Bugatti Chiron kepada seorang pelanggannya di Singapura sebelum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Jentera tersebut akan disimpan di dalam kemudahan berhawa dingin Wearnes Automotive dan merupakan salah sebuah daripada 20 unit yang akan diserahkan kepada pelanggan di Asia mulai sekarang sehingga tahun 2020 nanti

Faktanya, hanya 500 unit Chiron dihasilkan dan 75 peratus daripadanya telah dibeli oleh pelanggan di seluruh dunia.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Pemilik Chiron dari Singapura itu dikatakan mahu keretanya dicat dengan dua warna biru, sama seperti Chiron original yang diperkenalkan pada acara Geneva International Motor Show 2016. Sementara bahagian kabin pula, pemiliknya memilih kemasan kulit Terre d’Or.

Apa yang lebih menarik sebenarnya bukanlah kereta tersebut tetapi tujuan kereta tersebut di beli. Ia dikatakan dibeli sebagai sebahagian koleksi peribadi pemiliknya kerana Singapura tidak membenarkan kereta dengan stereng sebelah kiri (LHD) dipandu di negara tersebut.

Ya. Benar.

Tidak seperti di Malaysia yang membenarkan apa juga stereng kiri, kanan, tengah, kereta tercabut bumbung, senget macam ketam, ekzos tercabut semuanya boleh bawak.

Di Singapura, kereta LHD tidak boleh dipandu. Hanya ada beberapa situasi sahaja yang diberi pengecualian seperti;

  • Kenderaan berpendaftaran asing yang dipandu sementara (pelancong misalnya)
  • Kenderaan diplomatik
  • Kenderaan klasik/vintaj
  • Kenderaan fleet/ujian khas seperti kereta elektrik, hidrogen dan fuel cell.

Untuk rekod, semua Chiron yang dihasilkan hanya ada satu spesifikasi sahaja, iaitu pemandu sebelah kiri.

Tapi kalau dah kaya, apadahal kan? simpan je lah. Bangun pagi lap kereta sambil minum kopi pekena surya sebatang.

GALERI


Tags
Google ads
Back to top button