Artikel PilihanBuletin

PROTOTAIP KERETA TERBANG DIPAMERKAN DI LIMA LANGKAWI :)

YAB Tun Mahathir Mohamad pada hari ini 26 Mac 2019 telah meninjau ‘prototype air mobility’ di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) ketika LIMA2019, Langkawi Kedah.

Air mobility tersebut yang dikenali sebagai ‘Vector’ dibangunkan secara design & engineering oleh Aerodyne Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi yang berasaskan dron. Vector akan menjadi penanda aras bagi pembangunan ‘aerocar’. 

YAB Tun meluangkan masa selama 10 minit di Pavilion MED yang turut menempatkan 12 usahawan PKS dalam bidang pembuatan industri aeroangkasa. 

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, akhirnya prototaip kereta terbang dipamerkan kepada umum.

Dan rupanya ialah begini…

Tak pastilah pula jika ini adalah prototaip sebenar yang dimaksudkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof.

Beliau sebelum ini memberitahu bahawa kereta terbang prototaip tersebut sudah siap dan ia berharga lebih sikit daripada RM 1 juta.

KREDIT: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button