Buletin

MILAN RED HYPERCAR – MAHU CABAR BUGATTI CHIRON & KOENIGSEGG

Sebuah firma Austria, Milan Automotive dilapor mahu mencabar pembuat hypercar seperti Bugatti dan Koenigsegg.

Ia merancang untuk memulakan persaingan tersebut melalui model eksotiknya, Red. Red dikuasakan oleh enjin V8 quad-turbocharged bersearan 6.2 liter yang berupaya menjana kuasa sehingga 1,306hp dan tork 1,400Nm.

Kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

Milan Automotive mendakwa Red mampu mencatat kelajuan 0-100km/j dalam masa cuma 2.47 saat, tidak jauh berbeza dengan Bugatti Chiron.

BACA: BUGATTI CHIRON SPORT DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM12.5 JUTA DAN UNIT INI SUDAH DIJUAL

Pecutan 0-200km/j dan 0-300km/j pula boleh dicapai dalam masa 5.46 saat dan dan 9.98 saat. Manakala pecutan maksimum adalah sekitar 400km/j.

Dari segi dimensi, Milan Red adalah sepanjang 4,741mm, tinggi 1,197mm, lebar 2,156mm dengan tapak roda 2,750mm. ia mempunyai berat 1,300kg, monokok dan panel-panel yang diperbuat daripada gentian karbon.   

Wing belakang bertindak sebagai brek udara. Sementara kuasa membrek disediakan oleh brek karbon seramik daripada Brembo bersaiz 390mm di hadapan dan 380mm di belakang, bersama 6 dan 4 angkup.

Tidak perlu risau jika terpaksa melalui bonggol jalan kerana tahap kelegaan tanahnya adalah setiinggi 135mm. Suspensi jenia double wishbone CFRP dengan sistem tiga peredam pegas gegelung dan bar anti oleng menjanjikan pengendalian yang sangat mantap.

Milan Automotive hanya akan menghasilkan 99 unit Red. Sebanyak 18 mungkin  sudah mempunyai pembeli, walaupun harganya dikatakan bermula €2 juta (RM9.5 juta) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button