Buletin

BUGATTI LA VOITURE NOIRE – KARYA AGUNG YANG BERHARGA RM74 JUTA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pada acara Geneva Motor Show 2019, Bugatti memperkenalkan model hypercar yang paling ditunggu-tunggu, La Voiture Noire.

Hanya sekali dihasilkan, jentera yang dibina sempena meraikan ulang tahun ke-110 Bugatti itu ditawarkan pada harga AS$18 juta (RM74) juta.

Dibina berasaskan kepada model Chiron, ia merupakan interpretasi moden jentera ikonik Type57 SC Atlantic. Seperti mana yang anda boleh dilihat, La Voiture Noire tampil dengan bahagian hadapan lebih panjang serta garis badan yang sangat dramatik.

Satu lagi rekaan yang sukar untuk diketepikan ialah bampar yang disepadukan secara harmoni dengan badan. Selain cermin utama yang seakan-akan bersambung dengan cermin tingkat seperti visor topi keledar.

“Setiap komponen dihasil menggunakan tangan. Badan gentian karbon memiliki satu lapisan kilat berwarna hitam dan material ini dikendalikan penuh berhati-hati,” kata Pereka Bentuk Bugatti, Etienne Salomé.

Salome memberitahu pasukannya bekerja keras dalam tempoh yang lama sehinggakan tiada apa lagi yang boleh ditambah baik. Jadi, beliau menyifatkam La Voiture Noire sebagai sebuah hypercar yang sempurna.

La Voiture Noire menggunakan khidmat enjin quad-turbo 8.0 liter 16 selinder  yang mampu menjana kuasa 1,479hp. Ini membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.5 saat. Kelajuannya dihadkan kepada 420km/j.

Kalau hendak memilikinya, anda sudah terlambat kerana ia sudahpun dijual kepada seorang peminat tegar Bugatti. Timbul juga laporan bahawa La Voiture Noire dibeli oleh bekas Pengerusi Volkswagen Group, Dr. Ferdinand Piëch.

Tags
Google ads
Back to top button
Close