Buletin

VUHL 05RR – LAGI POWER BERBANDING BUGATTI VEYRON, MCLAREN P1 & FERRARI F12 TdF

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Pengeluar supercar ringan yang boleh dipandu di atas jalan biasa baru-baru ini memperkenalkan model terbaharunya, 05RR di  Autódromo Hermanos Rodríguez, Mexico City. 

Berbanding model sebelum ini, Vuhl 05, versi RR 65kg lebih ringan dengan berat cuma 660kg. Kuasa dan tork juga meningkat kepada 390PS dan 500Nm, hasil penggunaan enjin 2.3 liter EcoBoost turbo daripada Ford yang menawarkan nisbah kuasa-berat 600hp/tan. 

Angka itu dikatakan lebih baik daripada Ferrari F12 TdF, McLaren P1 dan Bugatti Veyron.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan sequential Sadev dan pacuan roda belakang. Hasilnya, ia mampu memcut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.7 saat dengan kelajuan maksimum 255km/j.

 

Vuhl 05RR dipasang dengan flywheel, klac perlumbaan dan rim karbon yang ringan serta mampu mengurangkan inertia pusingan. 

Berbeza dengan Vuhl 05, rangkaian kuasa 05RR dipasang lebih rapat dengan permukaan jalan apabila titik gravitinya diturunkan sebanyak 50mm.

Digabungkan bersama limited slip differential, rak stereng dan suspensi yang fokus kepada perlumbaan, ia jelas dapat menjanjikan cengkaman meyakinkan. 

Pelanggan yang mahukan lebih prestasi boleh memilih talaan suspensi dan tayar khas untuk kegunaan di litar.

Dari segi gayaan, 05RR menampilkan pakej aerodinamik dengan talaan downforce yang baru. Ini dapat dilihat dengan jelas menerus wing belakang dan peresap udara yang besar.

Aerokit tersebut didakwa menyumbang kepada aspek pecutan lateral sehingga 1.8g. 

Di ruang kabin, Vuhl memberi penambahbaikan pada oaoan pemuka dan corong pengambilan udara. 

Walaupun harganya masih belum diumumkan, Vuhl mengesahkan bahawa ia akan menjual 05RR di Eropah, Amerika Syarikat dan Mexico.

Tags
Google ads
Back to top button