
RIM & TAYAR BUGATTI VEYRON LAGI MAHAL DARI TOYOTA VELLFIRE
Tidak berapa lama dahulu ada seorang menawarkan jualan bahagian dalaman lengkap Bugatti Veyron untuk USD 149,999 (RM614K). Ia tidak mendapat sebarang sambutan dan iklan tersebut disenaraikan untuk kali kedua pada hargab lebih rendah – USD 149,999 dan masih lagi sangat mahal iaitu RM57kK
BACA: KOS MENUKAR TANGKI VEYRON RM180K
Kelmarin, ada satu lagi iklan yang menarik perhatian kami. Set rim dan tayar yang lengkap Bugatti Veyron. Ya. Dan berkemungkinan besar, pemiliknya telah menggantikan Veyron miliknya dengan set roda aftermarket yang entah berapa pulak lah harganya.
Tidak murah langsung dan Abang Japar rasa nak terjun dari bangunan pejabat kami bila tengok harga senaraiannya. USD100,000 atau RM409,000. Iaitu lebih mahal daripada sebuah Toyota Vellfire baharu yang boleh dibeli di UMW Toyota berserta jaminan lima tahun perbatuan tanpa had dan juga boleh dinaiki tujuh penumpang dengan selesa pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina.
Adalah diketahui, setiap bahagian kereta ini memang mahal pun adoinya. Patutlah pemiliknya seorang yang meriangkan. Misalnya, peralatan gantian seperti tangki bahanapi berharga USD42,000 atau RM172,000 jika rosak.
Kalau inilah harga tangki bahanapi, sekiranya Abang Japar beli kereta ni, tangki rosak, silap-silap abang modified tangki RX-Z saja lah.
Menurut perincian jualan rim ini. Ia adalah buatan OZ Racing dari Itali dengan tayar Michelin buatan khas yang masih ada baki 85 peratus bunga tayar. Kondisinya kelihatan sangat bagus. Menurut sumber, harga baharu bagi rim dan tayar Bugatti ialah USD 150,000. Kalau beli yang ini, jimatlah dalam USD50,000 atau bersamaan dengan EMPAT buah Perodua Myvi Advance.
Ya. Ia memang mahal kerana teknologi rim dan tayar ini bukahlah sebarangan. Jangan bandingkan dengan rim dan tayar di Kedai Papan Klang. Ia tidak sama langsung. Misalnya, tayar Michelin ini mampu bertahan selama 15 minit pada kelajuan tertinggi Veyron dan ia tidak boleh dibeli pun di pasaran terbuka. Anda perlu memesannya dari Bugatti sendiri.
GALERI