Buletin

LELAKI INI MUNGKIN MEMPUNYAI KOLEKSI KENDERAAN HONDA YANG TERBAIK. MUZIUM PUN KALAH

Honda sememangnya mempunyai beberapa buah koleksi kilang atau muzium di seluruh dunia.

Saya sendiri pernah beberapa kali mengunjungi muzium Honda di Tochigi dan tidak pula berasa bosan.

Itu di Jepun, berdasarkan kepada satu klip video oleh RealTime Racing, koleksi mengagumkan ini terletak di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Dimiliki oleh bekas pelumba Peter Cunningham, koleksinya menampilkan banyak kereta ikonik Honda.  

Hampir semua model Honda yang dijual di AS berada di dalam hangar ini. Kebanyakan daripadanya hanya mencatat perbatuan yang minimum. Antara jentera yang tersusun kemas dan dijaga rapi oleh Cunningham ialah S600, Civic Si, CR-X dan banyak lagi.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tidak ketinggalan, Integra Type-R yang terdiri daripada model import JDM dan sebuah versi sedan.

Namun, perkara paling gila tentang koleksi ini bukanlah kereta, tetapi bagaimana ia disusun atur. Percaya atau tidak, Cunningham berjaya mencari gambar pengedar pertama Honda di AS sekitar tahun 1950-an dan membina replika bahagian hadapan bangunan tersebut.

Dia juga mendapatkan trak yang memang digunakan dalam gambar tersebut untuk diletakkan berhampiran dengan tingkap. Dia ni memang peminat tegar Honda!

Menurut Cunningham, idea untuk membuat koleksi kereta honda bermula dengan keinginan membeli Honda lama yang ada kaitan dengan sejarah perlumbaannya.

Bermula dengan CR-X, sebelum dia membeli Accord generasi pertama dan ‘kegilannya’ sudah tidak dapat diubati lagi.

Bukan sekadar kereta, lelaki itu juga mempunyai beberapa unit Motocompo dan Monkey. Memang terbaik koleksi dia ni.

Tags
Google ads
Back to top button