;
Buletin

BUGATTI UJI ANGKUP BREK TITANIUM CETAKAN 3D SAMPAI BERAPI

Bugatti baru sahaja mendedahkan satu klip video yang menunjukkan sesi ujian untuk membuktikan ketahanan angkup brek cetakan 3D yang dihasilkannya.

Pengeluar supercar dari Perancis itu mula mendedahkan prototaip angkup yang ringan itu setahun lalu dan sudah banyak kali diuji.

Angkup brek itu merupakan komponen cetakan 3D paling besar yang diperbuat daripada titanium.

Ia hadir dengan lapan omboh dan hanya seberat 2.9kg, sekali gus menjadikannya 40 peratus lebih ringan berbanding angkup yang digunakan pada Chiron sekarang.

Untuk melihat apa yang mampu dilakukan oleh angkup berkenaan, Bugatti memadankannya dengan satu cakera brek pada sebuah mesin sebagai simulasi sebuah Chiron dibrek pada kelajuan 375km/j.

Di bawah kondisi ini, jelas kelihatan cakera brek itu mula mengeluarkan percikan api dengan suhu melebih 1,000 darjah selsius. Angkup 3D tersebut berjaya membuktikan bahawa ia boleh bertahan dengan suhu ekstrem itu tanpa sebarang masalah.

Antara ciri menarik angkup itu ialah ia mempunyai banyak liang udara untuk menjadikannya seringan mungkin. Biarpun begitu, aspek ketegarannya langsung tidak terjejas.  

Bugatti masih belum mendedahkan bilakah ia akan memasang Chiron atau mana-mana model masa depan dengan angkup titanium ini. Sama ada sebagai ciri standard atau tidak, ia pasti tidak murah.

Tags
Google ads
Back to top button