Buletin

PERODUA JANGKA ARUZ LARIS DI MALAYSIA TIMUR – SUDAH SERAH 4K ARUZ KE SELURUH NEGARA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Perodua mensasarkan SUV tujuh tempat duduk baharunya, Perodua Aruz akan menjadi SUV terlaris di Malaysia Timur yang mana pasarannya didominasi oleh segmen tersebut.

“Perodua mensasarkan untuk mengembangkan lagi pasaran Malaysia Timur daripada 40% pada masa ini. Perodua Aruz baharu akan menerajui perkembangan tersebut di sana,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Zainal baru-baru ini menyempurnakan acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo. Sebanyak enam unit Perodua Aruz akan memulakan penjelajahan dari Kuching, Sarawak ke Tawau, Sabah dengan jarak keseluruhan kira-kira 1,500km bermula dari 16 hingga 22 Mac 2019.

Di sepanjang perjalanan itu, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti serta pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan Aruz.

“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan yang diterima di seluruh negara setakat ini,” kata Zainal.

Ruang kelegaan tanah setinggi 220mm memberi pandangan lebih baik kepada pemandu Aruz. SUV itu juga dapat menawarkan pemanduan selesa dan mampu merentasi keadaan jalan yang lasak atau berlopak dengan mudah.

Struktur body-on-frame menjadikannya sangat tahan lasak dan mampu menampung beban.

Tujuh tempat duduknya boleh dilaras dalam pelbagai cara untuk disesuaikan dengan gaya hidup pemilik.

Turut ditawarkan, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang standard pada semua varian.

Advanced Safety Assist 2.0 pada varian AV menjadikan Aruz sebuah model yang diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.

Semua ini menjadikan Perodua Aruz sangat sesuai untuk Malaysia Timur. Ia nyata dapat memberi nilai terbaik pada harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 (varian AV).

Tags
Google ads
Back to top button
Close