
PROTOTAIP PAGANI HUAYRA KEMALANGAN BERHAMPIRAN AMG DI JERMAN
Sebuah Pagani Huayra terlibat dalam satu kemalangan di Jerman semalam. Menurut laporan media tempatan, kenderaan tersebut hilang kawalan dan terbabas di sebuah belukar kecil berhampiran daerah Affalterbach.
Ia dipandu oleh pemandu ujian berusia 37 tahun dan dikatakan beliau gagal mengawal pendikit yang melonjak, hilang kawalan dan akhirnya terbabas di pinggir jalan.
BACA: TAK MAMPU BELI HUAYRA? SEWA JE LAH
Seperti yang kelihatan, Huayra ini dipakaikan dengan pelekat samaran dan agak jelas dari belakang ialah kit badan Tempesta menerusi diffuser belakang.
Kemalangan ini berlaku berhampiran kilang AMG berdekatan Affalterbach, Jerman. dan itu mencadangkan prototaip Pagani ini sedang diuji dengan rakan teknikal enjin mereka – AMG.
Awal tahun ini, Pagani memberitahu bahawa pengganti Huayra akan tiba pada dekad akan datang dan akan terus menggunakan enjin turbo berkembar V12 dari AMG. Sementara pada 2025, dijangkan model keduanya akan muncul dengan hanya dikuasakan oleh motor elektrik.