Buletin

PERANG KAPCAI. YAMAHA Y15ZR, HONDA RS150R, BENELLI RFS150i & SYM VF3i

Segmen super moped empat lejang, atau kapcai premium atau kapcai berkuasa tinggi kini hampir lengkap dengan kehadiran model terakhir Sym VF3i yang dilancarkan dua bulan yang lalu. 

Apa juga perbahasan yang dibincangkan di alam maya, realitinya, setiap motosikal ini mempunyai kelebihan masing-masing.

BACA: RAHSIA MODIFIKASI Y15ZR ARRC HELMI

Jika perang Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R sudah cukup memeningkan kepala kita memilih yang mana satu, di tambah pula dengan dua model dari Benelli dan Sym.

SYM VF3i

Sym mungkin benar-benar menarik perhatian dari segi prestasi kerana ia merupakan kapcai paling berkuasa setakat ini. Dengan enjin paling besar, 183cc dan 17.7 kuasa kuda, Sym VF3i bukan sahaja yang paling tinggi spesifikasinya malah fakta bahawa ia kapcai yang dipasangkan dengan tangki bahanapi paling besar – 7 liter.

Dari segi prestasi sebenar, kami belum dapat memberikan sebarang komen kerana unit tunggang ujinya belum lagi tersedia untuk pihak media.

Bagaimanapun kami telah menguji model-model awal super kapcai ini iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Catatannya boleh dibaca di pautan di bawah.

BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA Y15ZR

BACA: TUNGGANG UJI HONDA RS150R

YAMAHA Y15ZR

Yamaha walaupun jika dilihat dari spesifikasi adalah antara yang terendah (enjin, kuasa kuda, transmisi) namun ia mempunyai kekuatan dari segi kebolehpercayaan jenama. Yamaha Y15ZR mungkin tidak selasak Yamaha 135LC namun “membelanya” lebih mudah kerana alatgantinya boleh diperolehi hampir di mana sahaja di mukabumi ini.

Apa yang lebih menarik, walaupun kelihatannya Y15ZR sepertinya spesifikasi rendah, ia membuktikan sebaliknya. Prestasinya sangat berbeza dalam perlumbaan cubprix tempatan.

Antara kejayaannya ialah menang di Teluk intan, Temerloh dan jika itu belum cukup meyakinkan, Y15ZR juga jaguh dalam kancah perlumbaan yang lebih besar seperti ARRC.

Di Thailand tahun lepas, Y15ZR menduduki tempat 1 hingga 5 pada keseluruhan perlumbaan.

HONDA RS150R

Bagaimana pula dengan Honda RS150R?

Pada ketika ia dilancarkan, ia merupakan model super kapcai terbaik, mendahului spesifikasi Yamaha Y15ZR. Di antara kelebihan utama Honda ialah sama seperti Yamaha, kebolehpercayaan jenama.

Walapun sedikit lebih mahal berbanding Y15, RS150R didatangkan dengan enjin kepala selinder DOHC dan transmisi enam kelajuan. Di samping itu juga, ia antara kapcai yang terawal menggunakan lampu utama jenis LED.

BENELLI RFS150i

Antara faktor yang menarik tentang Benelli ialah harga jualan yang cukup kompetetif. RM6,988 untuk kategori 150cc bukan sahaja murah malah ia sebenarnya lebih menarik pembeli sasaran dari kelas lebih rendah.

Dari segi julat harga, ia bersaing dengan Yamaha 135LC V dengan enjin karburetor zaman penjajahan Portugis, transmisi empat kelajuan dan meter analog yang berwarna warni. Tapi tetap laku LC ni sebab jenama.

Walaupun diwarwarkan untuk dilancarkan pada tahun ini, namun berita Modenas GT150 ini tidak lagi kedengaranDan sebenarnya, kita masih menunggu yang lagi satu, Modenas supermoped.

————————————————————————————————————————————————————————–

Untuk mudahkan pemahaman, kami sediakan carta untuk kategori supermoped tempatan.

Google ads
Back to top button