
Buletin
CHERY RANCANG HASILKAN KERETA DI RUSIA
Pengeluar China, Chery sedang berbincang dengan pembuat kenderaan Rusia untuk membina dan menghasilkan kereta di kilang Rusia, lapor agensi berita milik negara Rusia, TASS yang memetik Pengarah Cawangan Chery di Rusia, Vladimir Shmakov.
“Pertama sekali dalam rancangan kami ialah keperluan untuk menempatkan pengeluaran di wilayah Rusia,” jelas Shmakov.

Shmakov mahu meningkatkan jualan Chery di Rusia kepada sekitar 80,000 hingga 100,000 kenderaan pada 2022.
Chery ialah pengeluar kenderaan kesembilan terbesar di China dengan jualan 959,000 kenderaan pada 2021. Menurut Persatuan Perniagaan Eropah, Chery sudah menjual 40,874 kenderaan di Rusia pada 2021.
- BACA: CHERY BUKA TEMPAHAN OMODA 5 DI CHINA. 7 VARIAN, 4 MODE PEMANDUAN
- BACA: PRO FAMILIY – KENDERAAN TERMAJU CHERY UNTUK DUNIA. MALAYSIA BAKAL TERIMA TIGGO 8 PRO DAN TIGGO 7 PRO!
- BACA: CHERY ARRIZO 8. NAK LAWAN CAMRY DAN ACCORD. 2 PILIHAN ENJIN, BERMULA RM93K DI CHINA
- BACA: CHERY RASMI TIBA DI INDONESIA. MAHU JADI HUB EKSPORT KE PASARAN ASEAN







