
PRO FAMILIY – KENDERAAN TERMAJU CHERY UNTUK DUNIA. MALAYSIA BAKAL TERIMA TIGGO 8 PRO DAN TIGGO 7 PRO!
Inovasi teknologi sentiasa menjadi tumpuan Chery. Sebagai pengeksport kenderaan penumpang No 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, syarikat tersebut mempunyai pandangan global yang kukuh.
Ini dibuktikan oleh kenderaan Pro Family yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global kini serta masa depan.
Terdapat lima ahli Pro Family setakat ini – empat SUV (Tiggo 2 Pro, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro) dan satu sedan (Arrizo 6 Pro). Pro Family telah disambut baik di banyak pasaran di seluruh dunia, termasuklah di Eropah Timur, Amerika Selatan, Asia Barat, Asia dan Afrika.
Setiap model Pro Family dibangunkan berdasarkan tiga teras: teknologi pintar, reka bentuk bergaya dan cekap tenaga. Selari dengan teras pertama, kenderaan Pro Family padat dengan teknologi yang mengatasi rakan sekelasnya serta jangkaan pelanggan.

Sebagai contoh, Tiggo 8 Pro selaku model terunggul Pro Family didatangkan dengan tiga skrin. Panel meter 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan skrin infohibur terapung 10.25 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto dan paparan kamera 360 darjah.
Tiggo 7 Pro juga dilengkapi ciri sama. Pengecasan telefon bimbit tanpa wayar dan pintu belakang elektrik ada pada kedua-dua model.
Pro Family juga memanfaatkan teknologi pintar bagi menyediakan keselamatan menyeluruh. Selain enam beg udara, traction dan stability control, ISOFIX, penggunaan besi ultra-high-strength dalam pembinaan badannya serta ciri-ciri keselamatan pasif yang lain, keselamatan aktif juga tersedia melalui Advanced Driver Assistance System (ADAS). Ia merangkumi fungsi seperti Lane Departure Warning (LDW), Automatic Cruise Control, Automatic Emergency Braking (AEB), Traffic Sign Recognition (TSC), Intelligent High-beam Control (IHC), Blind Spot Monitoring (BSD), Front Collision Warning (FCW) dan Emergency Brake Override System (BOW).

Reka bentuk bergaya merupakan teras seterusnya. Pro Family direka mengikut falsafah ‘Life in Motion 3.0’ yang dihasilkan oleh pasukan reka bentuk global Chery. Gril hadapan geometric matrix diamond yang diilhamkan oleh galaksi serta lampu hadapan LED tampil yakin. Sementara pada bahagian dalaman, susun atur cockpit-surround mewujudkan suasana dinamik, selesa serta mewah.
Akhir sekali, Pro Family sinonim dengan kuasa yang cekap. Chery merupakan jenama kenderaan China pertama yang menguasai teknologi teras enjin, transmisi dan casis secara kendiri. Ia gigih melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lebih 20 tahun, teknologi enjinnya merupakan yang terunggul dalam kalangan jenama China.
Terdapat pelbagai versi enjin bersiri ACTECO, daripada 0.8 liter sehingga 4.0 liter. Enam enjin ACTECO telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China, menawarkan kuasa serta kecekapan haba yang tinggi.

Pro Family kini sedang membuat penampilan sulung di seluruh dunia, baru-baru ini di pameran motor di Manila, Kuwait dan Indonesia, di mana model-modelnya menarik minat ramai Pro Family juga telah menerima pelbagai anugerah di seluruh dunia, termasuk ‘SUV Paling Teknikal’ dan ‘SUV Teknologi Canggih Terbaik’ bagi Tiggo 8 Pro, serta ‘SUV Terlaris’ dan ‘Model Jenama China Paling Popular’ bagi Tiggo 7 Pro.
Baru-baru ini, siri Tiggo 8 telah mencapai pengeluaran 500,000 unit, menjadikannya model yang terpantas mencapai angka tersebut di kalangan SUV bersaiz sederhana dan SUV tujuh tempat duduk jenama China. Sejak kemunculannya pada 2018, siri Tiggo 8 disambut baik dalam pelbagai pasaran global termasuk Brazil, Arab Saudi dan Chile.
Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro merupakan antara model Pro Family yang sedang dirancang untuk dilancarkan di Malaysia.
- BACA: CHERY ARRIZO 8. NAK LAWAN CAMRY DAN ACCORD. 2 PILIHAN ENJIN, BERMULA RM93K DI CHINA
- BACA: CHERY SAH LANCAR OMODA 5 DI MALAYSIA. ENJIN 1.6L TURBO, 197PS. BERAPA HARGA NI?
- BACA: PERCUBAAN KERETA SPORT CHERY-PININFARINA YANG TIDAK MENJADI
- BACA: CHERY EASTAR – MANA MENGHILANG?
GALERI












