Buletin

CHERY RASMI TIBA DI INDONESIA. MAHU JADI HUB EKSPORT KE PASARAN ASEAN

Chery baru-baru ini melancarkan jenamanya secara rasmi di Indonesia pada acara ndonesia International Motor Show (IIMS) 2022 yang sedang berlangsung di Kemayoran, Jakarta. Bertemakan ‘Feel The Difference’, pengeluar kenderaan tersebut memulakan kembali komitmen terhadap terhadap pasaran Indonesia dan ASEAN.

Presiden Chery International En Zhang Guibing berkata, Indonesia merupakan antara pasaran kenderaan yang paling berpotensi di dunia. Ia juga pasaran strategik dan penting bagi Chery di Asia Tenggara.

Chery akan meneroka model pelaburan dan perniagaan baharu, memanfaatkan kekuatan teknikal dan berusaha membawa teknologi canggih serta produk pintar ke Indonesia.

Selain memenuhi keperluan pengguna domestik, Chery akan menjadikan Indonesia sebagai hab eksport ke negara-negara ASEAN yang lain.

Pengeluar kenderaan tersebut berharap dapat membawa kenderaan berteknologi tinggi, termasuk kenderaan elektrik ke Indonesia. Di samping memberi sokongan teknikal kepada rakan niaga serta menyumbang aktif kepada transformasi industri automotif Indonesia.

Sasaran Chery adalah untuk membuka lebih 100 cawangan di seluruh Indonesia dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini merangkumi lokasi-lokasi utama seperti Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi dan Bali. Syarikat itu juga merancang untuk

mewujudkan hab alat ganti di empat pulau teras (Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi) bagi menyediakan bekalan alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan yang pantas.

Kenderaan yang dipamerkan di pentas IIMS Chery termasuk Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro, OMODA 5 dan kenderaan elektrik EQ1. OMODA 5 baru sahaja memulakan pengeluaran di China pada Februari. Ini merupakan penampilan pertama model tersebut di ASEAN.

Barisan SUV Tiggo Pro menggabungkan konsep dan teknologi terkini Cher, selain menawarkan reka bentuk dalaman dan luaran yang bergaya. Tiggo 8 Pro dijana oleh enjin 2.0 TGDI berkuasa 254PS dan tork 400Nm tork yang menawarkan kecekapan thermal sebanyak 41 peratus.

SUV itu juga dilengkapi ciri penghidup enjin kawalan jauh, kamera 360 darjah dan Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang menggabungkan banyak fungsi seperti Adaptive Cruise Control, Automatic Emergency Braking dan Front Collision Warning.

OMODA 5 ialah model pertama di bawah siri produk global OMODA baharu. Ia mensasarkan trend teknologi masa hadapan serta mewujudkan ekosistem eksklusif dan interaktif yang dikongsi oleh penggunanya di seluruh dunia.

OMODA 5 mahu mewujudkan trend gaya hidup baharu bertemakan fesyen dan teknologi. SUV berkenaan bakal dilancarkan di Asia, Amerika Selatan, Australia, Afrika dan Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Google ads
Back to top button