Buletin

CHERY LANCAR KEMPEN ‘CHERY BERSAMA MALAYSIA’, TAWAR HARGA ISTIMEWA – BERMULA RM80K

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Chery Malaysia memperkenalkan kempen khas ‘Chery Bersama Malaysia’ yang menawarkan pelbagai promosi menarik untuk rangkaian SUV pilihannya.

Kempen berkenaan bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia, sambil memberi peluang kepada pelanggan memiliki kenderaan Chery pada harga yang lebih menarik untuk tempoh terhad.

Bagi pengguna yang ingin beralih kepada teknologi hibrid, Chery menawarkan TIGGO Cross HEV pada harga bermula RM91,800, manakala TIGGO 8 PHEV ditawarkan pada harga RM138,800. Kedua-dua model ini menampilkan teknologi Super Hybrid Chery yang menggabungkan kecekapan bahan api dengan prestasi pemanduan yang lebih responsif.

Sebagai jaminan tambahan kepada pemilik kenderaan hibrid plug-in (PHEV), Chery turut menyediakan waranti bateri lanjutan sehingga 10 tahun atau 200,000 kilometer, sekali gus memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dalam jangka panjang.

Bagi mereka yang masih mengutamakan enjin pembakaran dalaman (ICE), Chery menawarkan beberapa pilihan SUV dan sedan termasuk Chery O5, TIGGO 7 PRO, TIGGO 8 serta model utama jenama itu, TIGGO 9, yang tampil dengan ciri keselesaan premium, teknologi keselamatan moden dan reka bentuk elegan.

Orang ramai juga berpeluang melihat dengan lebih dekat model-model terkini Chery menerusi pameran khas yang akan berlangsung di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 September.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat produk, menikmati tawaran promosi eksklusif serta membuat tempahan dengan pakej terbaik sepanjang kempen berlangsung.

Harga Promosi Chery Bersama Malaysia

  • TIGGO Cross (Turbo) – RM80,800
  • TIGGO Cross (HEV) – RM91,800
  • Chery O5 – RM99,800
  • TIGGO 7 PRO – RM108,800
  • TIGGO 8 – RM115,800
  • TIGGO 8 PHEV – RM138,800
  • TIGGO 9 – RM166,800

Selain promosi jualan, kempen ini turut merangkumi pelanggan selepas jualan dengan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma 28 titik di semua pusat servis sah Chery di seluruh negara.

Pemilik Chery yang membelanjakan RM1,000 atau lebih dalam satu bil servis pula layak menerima kamera papan pemuka (dashcam) Chery bernilai RM499 secara percuma, selagi stok masih ada.

Dalam pada itu, Chery Malaysia turut menganjurkan peraduan “Chery Bersama Malaysia Test Drive & Win”.

Orang ramai hanya perlu mengunjungi mana-mana bilik pameran atau lokasi jelajah Chery, melakukan pandu uji dan merakam detik Merdeka pilihan mereka untuk berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk iPhone 17, kamera Sony serta kad tambah nilai Touch ‘n Go.

Google ads
Back to top button