Buletin

CHERY MALAYSIA RASMI PUSAT 3S BAHARU DI ALOR SETAR

Chery Malaysia terus mengembangkan rangkaian pengedarannya apabila membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) Chery Alor Setar yang baharu, sekali gus memperkukuhkan lagi kehadirannya di wilayah utara Semenanjung.

Pusat 3S yang kini beroperasi di lokasi baharu itu terletak di Lot 304, Lorong Perak 16, Jalan Perusahaan Mergong 2 dan tampil dengan identiti Generasi 4.0 terkini Chery, yang menekankan pengalaman pelanggan lebih moden, selesa serta premium.

Pemilihan kawasan perindustrian Mergong sebagai lokasi baharu bukan sahaja menawarkan akses yang lebih mudah kepada pelanggan, malah memanfaatkan kedudukannya sebagai antara pusat komersial dan perindustrian utama di Alor Setar.

Lokasi strategik ini turut memudahkan pelanggan dari bandar sekitar serta negeri-negeri jiran mendapatkan produk dan perkhidmatan Chery.

Dikendalikan oleh Indah Utara Enterprise Sdn Bhd, kemudahan baharu itu dibina di atas keluasan 877 meter persegi dan dilengkapi empat ruang servis bagi memenuhi keperluan penyelenggaraan serta pembaikan kenderaan pelanggan di Kedah dan kawasan utara berhampiran.

Ruang pameran yang direka mengikut konsep Gen 4.0 menampilkan suasana lebih kontemporari dengan susun atur memberi tumpuan kepada keselesaan pengunjung.

Pelanggan berpeluang melihat dengan lebih dekat rangkaian model Chery terkini dalam persekitaran yang mesra dan profesional.

Selain itu, pusat berkenaan turut menyediakan ruang istirahat pelanggan yang moden dan selesa, membolehkan pemilik kenderaan menunggu dengan lebih tenang sementara kerja penyelenggaraan dijalankan oleh juruteknik terlatih.

Chery Alor Setar menjadi outlet kedua di wilayah utara yang menggunakan konsep reka bentuk Gen 4.0, mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam meningkatkan standard pengalaman pelanggan menerusi gabungan elemen inovasi, teknologi dan layanan berkualiti.

Cawangan ini juga merupakan salah satu daripada dua pusat 3S Chery yang dikendalikan oleh Indah Utara Enterprise Sdn Bhd di Kedah, selain pusat 3S Chery Sungai Petani yang telah beroperasi lebih awal.

Bagi memudahkan pelanggan, bilik pameran Chery Alor Setar dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk pada cuti umum. Sementara itu, pusat servis beroperasi dari Ahad hingga Khamis pada waktu yang sama dan ditutup pada hari Jumaat serta cuti umum.

Google ads
Back to top button