Buletin

OMODA O5 DAN TIGGO CROSS KINI HADIR DENGAN REBAT SEHINGGA RM8,888

Ramai masih Tunggu, tapi sekarang sebenarnya waktu terbaik nak beli SUV Chery.

Pasaran automotif sekarang memang penuh pilihan, tapi bila masuk bab pakej berbaloi, bukan semua jenama mampu bagi kombinasi harga, teknologi dan pemanduan yang benar-benar memuaskan.

Sepanjang Mei ini, Chery tampil dengan tawaran rebat yang antara paling menarik dalam segmen masing-masing, menjadikan sekarang antara waktu terbaik untuk pertimbangkan model seperti OMODA O5 dan TIGGO CROSS Turbo.

Bagi mereka yang sedang mencari crossover bergaya dengan karakter pemanduan moden, OMODA O5 kini ditawarkan dengan rebat sehingga RM8,888 untuk unit model tahun 2025.

Sementara itu, TIGGO CROSS Turbo pula hadir dengan rebat sehingga RM7,888, sekali gus memberi peluang kepada pembeli menikmati SUV turbo moden pada nilai yang lebih menarik.

Apa yang menjadikan kedua-dua model ini menarik bukan sekadar pada angka rebat, tetapi juga pakej teknologi dan keselesaan yang ditawarkan.

OMODA O5 misalnya hadir dengan sistem audio premium Sony lapan pembesar suara, wireless Apple CarPlay dan Android Auto, kamera 540 HD Panoramic serta pintu tailgate kuasa hands-free yang memberi sentuhan lebih premium dalam penggunaan harian.

Turut melengkapkan pengalaman pemanduan ialah penggunaan acoustic glass yang membantu mengurangkan bunyi luar ketika memandu, sesuatu yang biasanya hanya ditemui pada model lebih mahal.

Bagi pembeli yang mahukan SUV lebih praktikal dan mesra keluarga, TIGGO CROSS Turbo pula menawarkan enjin 1.5 liter turbocharged dengan kuasa 147PS dan 210Nm tork.

Ia turut dipadankan dengan paparan gabungan bersaiz 20.5-inci, pengecas telefon tanpa wayar 15W, pendingin hawa automatik dwi-zon serta kamera 360 HD Panoramic untuk membantu pemanduan lebih yakin terutama di kawasan sempit.

Malah, kehadiran corong pendingin hawa belakang dan sambungan wireless Apple CarPlay serta Android Auto menjadikan pengalaman kabin lebih lengkap untuk kegunaan harian.

Namun, spesifikasi atas kertas sahaja tidak cukup untuk menggambarkan pengalaman sebenar.

Sebab itu, antara perkara paling penting adalah untuk pergi sendiri ke pusat pameran Chery berdekatan dan cuba pandu kedua-dua model ini.

Bila dah duduk di belakang stereng dan rasa sendiri tahap keselesaan, respon enjin serta pengendalian, baru boleh faham kenapa ramai mula beri perhatian kepada barisan model Chery sekarang.

Dengan rebat khas bulan Mei yang sedang berjalan, ramai melihat ini sebagai masa paling sesuai untuk membuat keputusan sebelum tawaran tamat.

Terma dan syarat terpakai. Tawaran rebat adalah untuk unit model tahun 2025 sahaja.

Google ads
Back to top button