
CHERY SAMBUT ULANG TAHUN KE-3 DENGAN MEGA REWARDS! HARGA BERMULA SERENDAH RM80,800
Chery Malaysia meraikan ulang tahun ketiganya di pasaran tempatan menerusi kempen khas “Chery 3rd Anniversary Mega Rewards”, yang menawarkan penjimatan menarik bagi keseluruhan rangkaian modelnya untuk tempoh terhad.
Bersempena sambutan tersebut, pengeluar automotif dari China itu memperkenalkan pelbagai ganjaran dan promosi bagi pelanggan yang ingin memiliki model-model Chery, termasuk SUV enjin pembakaran dalaman (ICE) dan varian plug-in hybrid elektrik (PHEV).
Menurut Chery Malaysia, kempen ini membawa tema “3 Years Together, 3X Bigger Rewards”, sebagai penghargaan kepada pelanggan yang telah menyokong jenama itu sejak kembali bertapak di Malaysia tiga tahun lalu.

Antara model yang terlibat dalam promosi ini ialah Chery Omoda 5 (O5), Tiggo Cross, Tiggo 7 Pro, Tiggo 7 PHEV CSH serta Tiggo 8 PHEV CSH.
Harga promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Tiggo Cross – bermula dari RM80,800
- Chery O5 – bermula dari RM99,800
- Tiggo 7 Pro – bermula dari RM99,800
- Tiggo 7 PHEV CSH – bermula dari RM109,800
- Tiggo 8 PHEV CSH – bermula dari RM138,800
Tawaran ini menjadikan Tiggo Cross sebagai model paling mampu milik dalam barisan Chery ketika kempen berlangsung, manakala model PHEV pula menawarkan alternatif yang lebih cekap dari segi penggunaan bahan api serta teknologi elektrifikasi terkini.

Chery turut memaklumkan bahawa promosi berkenaan ditawarkan untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada stok sedia ada.
Oleh itu, pelanggan yang berminat disaran mengunjungi pengedar sah Chery berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menikmati tawaran yang disediakan.
Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan sesi pandu uji melalui laman web rasmi Chery Malaysia.
Kempen ulang tahun ketiga ini dilihat memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki SUV Chery pada harga yang lebih menarik berbanding biasa.
- BACA: CUAI BAKAR SERAT POKOK, 20 KERETA ELEKTRIK MUSNAH SEKELIP MATA
- BACA: MERCEDES-BENZ SAMBUT ULANG TAHUN KE-140 DI MALAYSIA MELALUI JELAJAH GLOBAL “140 YEARS. 140 PLACES.”
- BACA: LOTUS EMIRA 420 SPORT DILANCARKAN – JANA 420HP, HARGA MULA RM488K
- BACA: XPENG MALAYSIA PERKENAL MEGA X9 REWARDS – GANJARAN PEMILIKAN SEHINGGA RM45,000








