
CHERY RASMI BILIK PAMERAN BUTIK GEN-4 PERTAMA DI PAVILION BUKIT JALIL
Chery Malaysia terus memperkukuh kedudukannya di Lembah Klang menerusi pembukaan pusat pameran butik terbaharu di Pavilion Bukit Jalil, sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan akses kepada rangkaian model keluaran jenama itu.
Pusat pameran yang dikendalikan oleh Apple Autotech Sdn. Bhd. itu menjadi outlet butik ketujuh Chery di Malaysia selepas enam lokasi lain telah beroperasi sebelum ini.
Lebih menarik, outlet baharu tersebut merupakan pusat pameran butik Generasi 4 pertama di Lembah Klang, menampilkan konsep runcit moden yang memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan, kemudahan akses serta interaksi lebih dekat dengan pengguna.
Terletak di Aras 3, Pavilion Bukit Jalil, ruang pameran seluas 837 kaki persegi itu direka dengan konsep gaya hidup santai bagi membolehkan pengunjung melihat dan meneroka model-model terkini Chery dalam suasana lebih mesra serta selesa.

Outlet berkenaan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum, selari dengan waktu operasi pusat beli-belah tersebut.
Melalui konsep butik ini, pelanggan bukan sahaja boleh melihat kenderaan secara dekat, malah turut berpeluang mendapatkan penerangan daripada penasihat jualan dan mengatur sesi pandu uji tanpa perlu mengunjungi pusat jualan konvensional.
Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pengguna masa kini lebih menghargai kemudahan dan fleksibiliti ketika membuat keputusan pembelian.
Menurut beliau, pendekatan membawa pengalaman automotif ke dalam persekitaran harian seperti pusat beli-belah membolehkan pelanggan meneroka kenderaan dengan lebih santai dan praktikal.
Bermula hujung minggu ini, pengunjung juga boleh melihat secara dekat model baharu Chery TIGGO 9 yang bakal dilancarkan dan dipamerkan di outlet tersebut.
Dalam masa sama, Chery turut menawarkan promosi khas bulan ini membabitkan beberapa model terpilih termasuk Chery TIGGO Cross, Chery O5 dan Chery TIGGO 7 PHEV dengan penjimatan sehingga RM8,888.
Pelanggan model PHEV pula akan menikmati jaminan bateri sehingga 10 tahun atau 200,000 kilometer yang meliputi pek bateri, motor kuasa serta unit kawalan kenderaan sebagai sebahagian komitmen Chery terhadap keyakinan pemilikan jangka panjang.









