
CONTINENTAL PERKENAL TEKNOLOGI CONTI SUPRIM UNTUK KENDERAAN KOMERSIAL. LEBIH LASAK, MUDAH DIPASANG
Continental Tyres, pengeluar tayar terkemuka Jerman telah memperkenalkan Conti SupRim Technology iaitu teknologi “Bead” generasi baru yang teguh dan tahan lasak untuk meningkatkan ketahanan tayar dan kekerapan celupan lebih baik dalam pelbagai tayar kenderaan komersialnya.
Dengan teknologi Conti SupRim, Continental Tyres menghasilkan kompaun jalur rim baru dengan ciri anti penuaan yang meningkatkan fleksibiliti, kekukuhan dan ketahanan koyakan pada tebing bibir “bead” tayar.
Setiap hari, tayar mengalami situasi kehausan dan lusuh. Operator dan pemilik fleet memasang, menanggal dan melakukan celupan semula tayar untuk memaksimumkan penggunaannya.

Amalan ini membebankan kawasan “bead” tebing bibir tayar menjadikannya rapuh dan mudah rosak. Ia bukan sahaja tidak dapat menjimatkan nilai selongsong dan memanjangkan hayat tayar, sebaliknya pelanggan berpotensi kehilangan keseluruhan kedua-duanya.
Conti SupRim Technology dihasilkan oleh Continental Tyres khas untuk pelanggan di pasaran Asia Pasifik termasuk Malaysia. Pengguna-pengguna di pasaran ini mempunyai keperluan produk yang amat mencabar.
Teknologi itu kini digunakan pada semua tayar radial yang dihasilkan di kilang Continental Tyres di India.
Pelanggan yang telah menguji tayar dengan Conti SupRim Technology bersetuju bahawa ia empat kali lebih mudah dipasang berbanding tayar yang dihasilkan dengan kompaun konvensional.

Teknologi generasi baru ini memberikan daya tahan setinggi 3 kali ganda pada kawasan “bead” tebing bibir tayar berbanding dengan tayar daripada kompaun konvensional, seterusnya meminimumkan kerosakan akibat dari proses pemasangan dan menanggalkan tayar.
Pada tayar konvensional, ketahanan “bead” tebing bibir tayar kebiasaannya merosot sehingga 75 peratus pada akhir hayat kitaran penggunaan pertamanya.
Conti SupRim Technology memastikan bahawa tebing bibir tayar mampu mengekalkan ketahanan awalnya sepanjang hayat penggunaan pertamanya dan hanya merosot sehingga 18 peratus sahaja pada akhir hayat kitaran pertamanya.
Pendek kata, Conti SupRim Technology™ memastikan kemampuan celupan yang terbaik serta kemudahan pelekapan sepanjang kitaran hayat tayar, selain menjimatkan kos.







