Buletin

CONTINENTAL TYRES PERKENALKAN MAXCONTACT MC7 – TERSEDIA DI PASARAN SUKU PERTAMA 2024

Continental Tyres baru-baru ini memperkenalkan MaxContact MC7, tayar yang direka bentuk untuk landskap bandar serta disesuaikan untuk memenuhi keperluan para pemandu Asia Pasifik (APAC).

Menurut Ketua Pengurusan Produk, Continental Replacement Tyres APAC, Tolga Mutlu, tayar MaxContact MC7 dibangunkan dan diuji oleh 25 jurutera serta pakar bahan melalui lebih 8,000 jam dalam R&D.

MaxContact MC7 baharu ini menyediakan pengendalian yang lebih terperinci dan kestabilan luar biasa untuk para pemandu ketika mengambil selekoh lebih tajam serta memandu di pusingan sudut pada kelajuan tinggi.

Tambahnya lagi, pengendalian yang lebih baik dan stabil ini disebabkan oleh pengoptimuman pengagihan tekanan dalam tayar.

Kelebihan ini dicapai oleh MC7 melalui memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan untuk mencipta jejak lebih luas dengan Cornering Macroblocks, sekali gus mengagihkan semula daya untuk pemanduan lebih terkawal dan stabil.

Kompaun ReFlex MaxContact MC7 juga menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar (tyre deformation) serta membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengemudian lebih baik.

Direka bentuk untuk memastikan keselamatan walaupun semasa musim hujan yang kerap di APAC, termasuk Malaysia, MaxContact MC7 baharu menghasilkan cengkaman dipertingkatkan serta jarak membrek lebih pendek.

Selain itu, 3D Laser-cut Sipes berupaya meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar.

Bukan itu sahaja, teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek lebih pendek di jalan kering atau basah.

Ciri-ciri lain termasuklah pemanduan lebih senyap dengan two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang telah dinaik taraf memecahkan gelombang bunyi, mencegah bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta, menghasilkan pemanduan lebih senyap.

Dari segi ketersediaan, tayar MaxContact MC7 terbaharu menawarkan saiz antara 16-inci hingga 21-inci dan tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC mulai Suku Pertama tahun 2024.

Google ads
Back to top button