Buletin

CYCLE & CARRIAGE RASMI BILIK PAMERAN LEAPMOTOR KETUJUH DI SETIA ALAM

Cycle & Carriage memperluas rangkaian kenderaan elektrik (EV) Leapmotor di Malaysia menerusi pembukaan bilik pameran baharu di Setia Alam, Selangor, menjadikan lokasi itu cawangan ketujuh di bawah kendaliannya.

Bilik pameran berkeluasan kira-kira 3,570 kaki persegi itu mampu mempamerkan sehingga empat kenderaan, selain menyediakan ruang istirahat pelanggan serta kemudahan untuk mendapatkan maklumat mengenai teknologi dan model Leapmotor.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short, berkata pembukaan itu memperkukuh usaha syarikat mendekatkan jenama berkenaan kepada pelanggan, termasuk di kawasan Setia Alam dan Shah Alam.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, pula berkata peluasan rangkaian pengedar penting bagi meningkatkan akses pengguna kepada teknologi mobiliti elektrik dan menggalakkan peralihan kepada EV.

Selain Setia Alam, rangkaian Leapmotor Cycle & Carriage merangkumi Plaza 33 Petaling Jaya, Pavilion Bukit Jalil dan Paradigm Mall Johor Bahru, serta pusat 3S di Glenmarie, Johor Bahru dan George Town.

Bilik pameran baharu itu terletak di Unit 23-1, Setia Avenue, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam dan beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Google ads
Back to top button