Artikel Pilihan

VAN, PELANCONGAN DAN CHINA. APA SEMUA INI?

Tengok tajuk dah serupa muka utama akhbar Hari-Hari Metro aja gayanya. Tapi itulah, biasanya tajuk yang sebegini memang mudah nak menarik perhatian pembaca, ia tak? Umum sememangnya mengetahui bahawa industri pelancongan dan van sememangnya berkait rapat. Saling memerlukan antara sama lain. Memudahkan untuk penumpang dengan kapasiti satu kampung beserta dengan bagasi yang banyak untuk bergerak dari titik A ke titik B dengan mudah tanpa perlu berkonvoi penuh kereta lepas tu duduk tengah-tengah lebuhraya pasang lampu hazard serupa PLUS itu abah dia empunya.

BACA : VAN FORD TRANSIT, MANUAL 6 KELAJUAN – RM148,888

BACA : NISSAN NV350 URVAN

Sejak sekian lama, penguasaan jenama van Toyota Hiace begitu menguasai industri van pelancongan (tapi ditampal dengan perkataan BAS PERSIARAN). Dengan rekabentuk bumbung yang tinggi, ianya sudah dikira cukup selesa untuk memuatkan 9 orang penumpang di bahagian penumpang. Faktor durabiliti dan praktikiliti sudah tentu menjadi kriteria utama buat pemilik agensi pelancongan dan juga pemilik hotel untuk memilikinya. Selain Toyota Hiace, Kira Pregio turut menjadi pilihan walaupun paras rupanya tidaklah begitu KPop dikala itu.

Melihatkan potensi yang luas dan seakan tidak terusik liga per-van-an pelancongan yang hanya dikuasai Toyota berserta Nissan Urvan turut sama bersaing. Dan persaingan van-van yang ada hanya setakat itu sahaja. Jikalau dahulu meriah juga ada Ford Bongo ini. Nah, disebabkan tiada lagi persaingan, maka pasaran van yang seakan tidak disentuh oleh persaingan yang lain maka muncullah syarikat jenama China secara tiba-tiba memasuki pasaran secara berjemaah.

Seingat Brader, ketika itu jenama Chery terlebih dahulu mencuba pasaran dengan pengenalan Chery Transcom. Paras rupanya boleh tahan hensem juga kalau tengok dari tepi. Dari depan pun masih hensem juga. Banyak jugalah van China ini berkeliaran membawa pelancong di sekitar Ibu Kota Cinta ini. Tapi kalau nak bercerita bab kualiti, kita tolak tepi dahulu. Lain topik Brader akan cuba bincangkan nanti.

Dan semenjak itu, kebanjiran van-van dari Tembok Besar ini semakin menjadi-jadi. Merepek pun ada nama-nama van ini. Jinbei, CAM,Foton, dan juga Joylong antara yang banyak dan mudah untuk dilihat terutamanya di hadapan hotel-hotel dan juga pejabat agensi pelancongan. Dengan menampilkan kapasiti penumpang serupa Airbus A380, tidak hairanlah ianya semakin menjadi pilihan untuk digunakan untuk mengangkut lebih ramai umat. Paras rupanya pun boleh tahan kacak juga.

Selain itu, van China ini juga banyak digunakan sebagai Bas Sekolah dan Bas Pekerja. Faktor harga yang berpadanan memungkin ianya mudah untuk diterima pakai terutamanya apabila dinaungi konglomerat Kumpulan Berjaya dan tak lupa juga Sendok Group. Kalau nak diikutkan, persaingan van China ini dijangka mampu bertahan untuk tempoh beberapa tahun mendatang. Beli sebiji lepas itu buat sewa ke Cik Kiah buat rombongan pergi Kelantan pun menarik juga, iya tak?

Google ads

B K

Back to top button