
MASERATI SPYDER MC20 CIELO MENDARAT DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM1.22 JUTA
Naza Italia hari ini menyampaikan tempahan Maserati Spyder MC20 Cielo yang pertama di Malaysia. Dengan tanda harga bermula RM1,228,000.00, ia menawarkan gabungan sempurna antara sporty dan mewah.
Dibangunkan di Maserati Innovation Lab dan dihasilkan di Viale Ciro Menotti, spyder adalah 100 peratus dibuat di Itali seperti versi coupé.
Model itu juga didatangkan bersama tingkap elektrokromik (kaca pintar), di mana ia boleh diubah daripada penglihatan jelas kepada opaque dengan sentuhan butang pada skrin tengah.

Perincian lain termasuklah menggunakan teknologi Polymer-Dispersed Liquid Crystal (PDLC), pintu rama-rama (butterfly doors), sistem audio Premium Sonus 12 pembesar suara.
Selain itu, turut melengkapi MC20 Cielo ialah sistem pelarasan stereng elektrik dibaluti Alcantara, Maserati Inttelligent Assistant (MIA) dan diserlahkan lagi melalui rim aloi.
Jentera super sport berkenaan hadir dengan bumbung terbaik dalam kelasnya dari segi penebat haba dan kelajuan pembukaan serta penutupan yang mengambil masa 12 saat.

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi Sistem Keselamatan Aktif termasuk sensor parkir, kamera belakang, brek kecemasan autonomi, pemantauan titik buta serta kamera 360 darjah baharu.
Beralih kepada kuasa, Maserati Spyder MC20 Cielo dijana oleh enjin V6 Nettuno revolusioner, berupaya menghamburkan kuasa 630hp pada 7,500rpm dan tork 730Nm pada 3,000rpm.
Seperti dinyatakan di atas, Maserati MC20 Cielo dijual pada harga bermula RM1,228,000.00 tidak termasuk insurans, dengan cukai.
Harga adalah termasuk perlindungan Waranti Standard selama 3 tahun tanpa had perbatuan serta program penyelenggaraan Percuma selama 3 tahun/60,000km yang mana dahulu (Termasuk Maserati Premium Service Plus 3 Tahun /60,000 km).
GALERI:




















- BACA: MASERATI DEDAH SUV ELEKTRIK PERTAMA – GRECALE FOLGORE, 550HP, JARAK GERAK 500KM
- BACA: MASERATI GRECALE GT HIBRID DEBUT DI MALAYSIA. 300HP/450NM, BERMULA RM598K
- BACA: MAHU HAPUS STEREOTAIP KERETA TAK BOLEH HARAP, MASERATI LANCAR JAMINAN 10 TAHUN UNTUK ENJIN DAN TRANSMISI
- BACA: MASERATI MC20 GT2, KEPULANGAN SEMULA JENAMA TRIDENT DALAM PERLUMBAAN GT2