Buletin

DODGE BERJAYA JUAL EMPAT UNIT VIPER TAHUN 2021!

Stellantis kini mempunyai beberapa buah ‘kereta zombie’, atau kereta yang telah dihentikan pengeluarannya namun masih lagi mampu dijual kepada umum.

Dodge yang kini mempunyai barisan model pantas seperti Challenger, Charger dan Durango sebenarnya masih lagi mempunyai stok kereta sports Viper walaupun model itu telah dihentikan pengeluarannya tahun 2017.

Untuk tempoh tahun 2021, sebanyak empat unit Dodge Viper telah berjaya dijual, sementara model yang lebih mampu milik, Dodge Dart mencatatkan jumlah jualan sebanyak 10 unit, atau peningkatan 43 peratus berbanding tahun 2020.

Sebagai makluman, Dodge Dart memiliki tempoh hayat yang agak singkat, memulakan produksi pada tahun 2012 sebelum ditamatkan pada tahun 2016 atas alasan mahu memfokuskan tumpuan kepada segmen crossover.

Google ads
Back to top button