Buletin

MASALAH KECURIAN SEMAKIN SERIUS, DODGE TINGKATKAN CIRI KESELAMATAN MODEL CHARGER DAN CHALLENGER

Masalah kecurian model Dodge Charger dan Challenger yang semakin serius membuatkan pengeluarnya, Stellantis terpaksa mengambil tindakan sewajarnya. 

Sebagai sebahagian daripada kemas kini perisian, Dodge akan memperkenalkan sistem keselamatan “pengesahan berganda’ untuk model Challenger SRT dan Charger SRT buatan tahun 2015 hingga 2021, sama ada ia dilengkapi enjin 6.4 liter V8 atau 6.2 liter V8. 

Model dengan Scat Pack yang dihasilkan pada tahun 2019 hingga 2021 dan dijana oleh enjin 6.4 liter V8 juga bakal menerima naik taraf yang sama. 

Naik taraf perisian itu dijangka bermula pada suku kedua tahun ini dan boleh dipasang secara percuma di mana-mana pengedar Dodge. Stellantis tidak memperincikan tentang perkara tersebut. Tetapi ia akan menambah Mode Keselamatan ke dalam sistem infohibur Uconnect. 

Jika pemandu tidak memasukkan kod keselamatan empat digit yang betul, kelajuan enjin akan dihadkan kepada 675rpm sahaja. Dalam erti kata lain, enjin berprestasi tinggi itu hanya akan mengeluarkan kuasa sekitar 2.8hp dan tor 30Nm sahaja. 

Ia mungkin menyusahkan pemilik yang terlupa kod keselamatan tersebut. Namun, ia pasti membantu cubaan mencurinya.

“Lebih 150 unit Dodge dicuri setiap hari di Amerika Syarikat. Bagi pemilik kereta, perkara ini memang menyusahkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dodge, Tim Kuniskis. 

Kuniskis sedar bahawa pencuri mensasarkan kereta muscle Dodge dan pihaknya mengambil ‘tindakan pantas’ unuk membantu melindungi pelanggannya. 

Google ads
Back to top button