TOYOTA BERJAYA JUAL SATU UNIT LAND CRUISER 200 SERIES DI US TAHUN INI
Percaya atau tidak, masih lagi terdapat pengeluar yang ‘berjaya’ menjual model-model kereta zombie, atau model yang telah dihentikan penawarannya selepas beberapa tahun.
Seperti contoh, di Amerika Syarikat, Toyota telah berjaya menjual sedan Avalon sebanyak dua unit dalam tempoh tiga bulan lepas, serta satu unit Land Cruiser 200 Series yang telah pun dihentikan penjualannya tahun 2021.
Untuk makluman, plet nama Land Cruiser bakal kembali muncul di pasaran tersebut sebagai Prado generasi baharu, dengan nama Prado itu sendiri digugurkan daripada nama rasmi.
Selain daripada Toyota, antara pengeluar lain yang berjaya menjual model-model lama termasuklah:
-Alfa Romeo – satu unit 4C
-Dodge – satu unit Caravan, satu unit Journey
-Fiat – satu unit hatchback 500
Tahun 2023 bakal menyaksikan lebih banyak model kereta yang bakal dihentikan penawarannya, di mana model seperti Audi TT, Ford Edge, dan Kia Stinger dijangka akan muncul di dalam rekod jualan kenderaan baharu untuk tempoh beberapa tahun biarpun telah ditamatkan pengeluarannya. – Motor1