
DODGE BAKAL LANCAR REBADGE SUV TERBAHARU ALFA ROMEO
Sebanyak tiga model sahaja dalam barisan jenama Dodge dilancarkan pada tahun ini iaitu Challenger, Charger dan Durango.
Justeru, Dodge memerlukan model baharu untuk diperkenalkan kepada khalayak umum.
Menurut Passione Auto Italiane, model crossover kompak, Alfa Romeo Tonale bakal menjadi rebadge sebagai Dodge Hornet.
Model Alfa Romeo Tonale telah ditangguhkan selama beberapa bulan disebabkan CEO baharu dilantik ingin melakukan penambahbaikan pada saat akhir terhadap model itu.

Ia dijadualkan akan memasuki pasaran pada awal tahun hadapan.
Bagi Hornet pula, SUV terbaharu itu akan dibangunkan di kilang produksi Campano di Itali bersama model Tonale.
Bagaimanapun, Dodge Hornet yang mendapat khidmat enjin 2.0 liter turbocharge sama seperti Wrangler tidak akan memasuki pasaran Eropah.
Hornet dijangka bakal memasuki pasaran selewat-lewatnya pada hujung tahun ini atau awal 2022. –carbuzz
- BACA: DODGE CHALLENGER HELLCAT TERBALIKKAN TRAK PIKAP – GANAS BETUL KUCING NERAKA NI (VIDEO)
- BACA: MASALAH KECURIAN SEMAKIN SERIUS, DODGE TINGKATKAN CIRI KESELAMATAN MODEL CHARGER DAN CHALLENGER
- BACA: DODGE VIPER TURBO BERKEMBAR, 2630 KUASA KUDA ATAS DYNO
- BACA: DODGE CHARGER ‘BARANG PANAS’. SATU BALAI POLIS SOUTHEAST MICHIGAN TERIMA LAPORAN 1,000 KECURIAN!!!