BuletinMotosikal

DUCATI NOMBOR 1 DALAM SEGMEN SUPERBIKE

Sebenarnya ada satu perkara yang bermain dalam kepala. Sejauh mana kejuaraan dalam dunia perlumbaan seperti World Superbike atau MotoGP mempengaruhi jualan motosikal?

Sebagai contoh kenapa di dalam pasaran super moped tempatan, model Y suku selalu disebut berbanding RS150R?

Dalam pasaran skuter juga begitu, kenapa NVX lebih banyak di atas jalan raya?

Sama juga dalam segmen superbike, kenapa Panigale menjadi perhatian ramai atau sebelum itu R1?

Bahkan dalam segmen motosikal berkuasa tinggi, jenama Kawasaki lebih menyeluruh segmennya dan banyak dilihat di atas jalan raya.

Okay, Kawasaki ialah juara WSBK dan memang jelas dominasi jenama ini sama ada di kedai jualan atau rumah pembeli.

Terus terang, sejauh mana bertahun-tahun kejuaraan Honda dalam MotoGP dapat membawa jenama ini digeruni pesaing di medan jualan motosikal berkuasa tinggi? Atau di hati pengguna?

Ini adalah fakta. Ducati Motor Holding menutup tirai 2018 dengan jumlah jualan sebanyak 53,004 motosikal dihantar kepada pelanggan di serata dunia.

Jualan lebih dari 50 ribu unit itu adalah kali keempat dicapai sejak dari tahun 2015.

Sejumlah besar jualan Ducati disumbangkan oleh keluarga Panigale iaitu sebanyak 9,700 unit dengan lonjakan 70 peratus peningkatan berbanding tahun 2017.

Angka tersebut juga buat kali pertama meletakkan Ducati sebagai peneraju dalam segmen superbike dengan penguasaan pasaran lebih daripada 26 peratus.

Pada tahun 2018, satu daripada empat superbike yang terjual di dunia ialah Ducati Panigale.

Model popular dalam keluarga Panigale ialah V4, motosikal produksi Ducati pertama yang dipasangkan enjin empat silinder.

Dalam tempoh 12 bulan, model ini telah terjual lebih daripada 6,100 unit di serata dunia.

Multistrada juga digemari ramai, pada tahun yang sama sebanyak 11,829 model ini terjual.

Model paling popular ialah Multistrada 1260 dengan jualan sebanyak 6,569 unit, peningkatan 25 peratus berbanding tahun 2017.

Pasaran terbesar Ducati tahun lalu ialah di Itali melalui jualan sebanyak 9,200 unit.

Berdasarkan rekod tahun-tahun sebelum, Amerika Syarikat adalah pasaran terbesar Ducati tetapi mengalami penurunan tahun lalu.

Jualan Ducati di AS ialah sebanyak 7,483 unit selari dengan penurunan pasaran motosikal 500 cc ke atas tahun lalu.

Di Asia, jualan meningkat terutama sekali di China dengan pertambahan sebanyak 29 peratus.

Di China semakin banyak cawangan dan rangkaian jualan dibuka, dari 19 kepada 23 pengedar.

BACA: DUCATI MAHU HASILKAN JENTERA MOTOCROSS 450cc?

BACA: DUCATI V4 SEMPENA WSBK. KINI DENGAN WINGLET DAN ENJIN 221 KUASA KUDA!

Tags
Google ads
Back to top button