Motosikal

DARI MALAYSIA KE ITALI, MKA GROUP JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN BITUBO

MKA Group, syarikat induk di belakang jenama RCB, telah pun mengumumkan kerjasama strategik dengan pengeluar suspensi Itali, Bitubo. 

Kerjasama itu menyaksikan MKA Group melaksanakan pelaburan signifikan pada jenama berusia 63 tahun itu sekaligus menyokong fasa perkembangan jenama suspensi motosikal Itali tersebut. 

Menurut MKA Group dalam satu kenyataan, pelaburan tersebut bertujuan memperkukuhkan jejak global Bitubo dan pada masa sama mengekalkan sejarah kejuruteraan Itali dan DNA perlumbaan sedia ada. 

MKA Group tidak akan mengubah resepi kejayaan Bitubo sebaliknya peranan utama adalah menyokong dan mempercepat perkembangan di pasaran antarabangsa melalui jaringan pengedaran MKA Group. 

“Pelaburan ini mencerminkan keyakinan kami terhadap jenama Bitubo dan kami komited untuk menyokong fasa seterusnya dalam memperluas jenama di peringkat antarabangsa,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA Group, Bruce Lee. 

Bagi Bitubo, kerjasama ini memberi peluang untuk memperluaskan lagi pengalaman 60 tahun kejuruteraan Itali ke pasaran baharu. 

“Kolaborasi ini akan mencipta peluang terhadap pertukaran teknologi dan pembangunan sukan permotoran antara dua organisasi,” jelas Pengarah Urusan Bitubo, Gianni Mardollo.

Google ads
Back to top button