
EMPAT FORD PUMA RALLY1 BAKAL BERAKSI DI RALLY CHILE MINGGU INI
Pasukan M-Sport Ford bakal membariskan empat jentera Ford Puma Rally1 untuk perlumbaan Rally Chile Bio Bío hujung minggu ini dengan Ott Tanak dan juga pemandu muda Perancis, Pierre-Louise Loubet.
Pemandu pertama yang bakal mengisi kerusi ketiga untuk jentera Ford Puma Rally1 adalah Grégoire Munster yang juga merupakan pemandu untuk pasukan M-Sport Ford untuk kelas WRC2 dengan memandu Ford Fiesta Rally2.
Grégoire Munster pemandu yang berasal dari Belgium ini tetapi menggunakan lesen memandu dari Luxembourg atas faktor beliau menerima beberapa tajaan daripada Automobile Federation of Luxembourg. Tetapi beliau masih lagi menetap di Belgium.
Dan Grégoire Munster berpeluang untuk memandu jentera yang lebih berkuasa Ford Puma Rally1 ini buat pertama kalinya secara kompetetif di Chile nanti atas ihsan sahabat baiknya merangkap pendokong utamanya, Jourdan Serderidis.

Untuk rekod, Jourdan Serderidis pemandu yang berasal dari Greece dianggap diantara regular penyewa bagi jentera Ford Puma Rally1 ini.
Bagi Grégoire Munster ini merupakan khabar gembira yang beliau perolehi dalam tempoh setahun ini setelah berjaya mencatatkan keputusan kejayaan cemerlang di FORUM8 Rally Japan pada November tahun lalu serta kejayaan Junior WRC di Rally Estonia pada Julai yang lalu.

Sementara itu, kerusi untuk pemandu jentera keempat Ford Puma Rally1 ini bakal dipandu oleh hero tempatan, Alberto Heller untuk membuat debut. Ini merupakan peluang keemasan yang ditawarkan oleh pasukan M-Sport Ford buat mana – mana yang mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyewa jentera mereka memandangkan pasukan yang berpangkalan di Britain ini mempunyai kepakaran serta jentera yang hebat untuk dipandu.
Alberto Heller, berusia 29 tahun sebelum ini bersaing dalam kelas WRC2 dengan memandu jentera Citroen C3 Rally2. Bagi beliau, ini adalah suatu kemunculan semula setelah berehat seketika daripada rali musim ini akibat daripda sakit khabarnya.
Apa tah lagi dapat berlumba dan beraksi di halaman sendiri. Dan untuk beraksi nanti, jentera Ford Puma Rally1 yang dipandu beliau akan menggunakan livery yang sama dengan jentera sebelumnya.